Judul : Banjir: Mangsa di Kelantan, Terengganu, Perlis meningkat ke 11,724 orang
link : Banjir: Mangsa di Kelantan, Terengganu, Perlis meningkat ke 11,724 orang
Banjir: Mangsa di Kelantan, Terengganu, Perlis meningkat ke 11,724 orang
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di tiga buah negeri mencatat keseluruhannya petang ini meningkat kepada 11,724 berbanding 11,308 orang pada jam 12 tengah hari tadi.Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada jam 4 petang, Kelantan mencatatkan peningkatan sebanyak 9,601 orang.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI hari ini, lebih 2,200 keluarga di Pasir Mas terpaksa berpindah, jumlah tertinggi mangsa banjir di bumi Cik Siti Wan Kembang setakat ini.Walau bagaimanapun, di Terengganu, jumlah kelihatan menurun dari 3,027 kepada 2,107 orang manakala Perlis tiada penurunan dan peningkatan jumlah mangsa iaitu 16 orang.
Sebanyak empat penambahan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dari 100 kawasan sebelum ini telah dibuka di sembilan jajahan melibatkan Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, Bachok, Jeli dan Tumpat.
Sementara itu, terdapat penurunan pada PPS di Terengganu sebanyak tujuh kawasan.
Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia menempatkan anggota dan aset seperti bot dan lori di kawasan berisiko banjir, bagi mempercepatkan tempoh respons kepada mangsa banjir.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.44 meter pada malam Selasa.
Sumber Banjir: Mangsa di Kelantan, Terengganu, Perlis meningkat ke 11,724 orang