Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat

Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat
link : Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat

Baca juga


Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat

Rakaman audio perbualan seorang guru mengajak pelajar melakukan hubungan seks tersebar melalui aplikasi WhatsApp. — Foto AFPRakaman audio perbualan seorang guru mengajak pelajar melakukan hubungan seks tersebar melalui aplikasi WhatsApp. — Foto AFPJOHOR BARU, 1 Nov — Kementerian Pendidikan tidak akan teragak-agak memecat seorang guru yang dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya, baru-baru ini, jika sekiranya didapati bersalah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan guru itu sama sekali sukar dipercayai, lebih-lebih lagi apabila tanggungjawab seorang guru adalah untuk mempertahan dan menjaga pelajar atau anak muridnya.

Katanya, ia disifatkan satu jenayah pecah amanah kerana keluarga pelajar itu telah meletakkan kepercayaan kepada suspek untuk menjaga mangsa.

“Harapkan pagar, pagar makan padi. Individu ini tidak boleh mengajar di sekolah jika sekiranya benar. Individu yang berbahaya...sangat berbahaya. Tapi kena tunggu laporan terakhir (siasatan) kerana PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) serta pihak polis juga sedang melakukan siasatan,” katanya.

Kamalanathan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Johor di sini, hari ini.

Ia sebagai mengulas isu seorang guru di sebuah sekolah Tamil yang dilaporkan menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat pelajar itu menyerahkan tubuhnya.

Lelaki berusia 56 tahun itu yang juga merupakan seorang pemimpin cawangan MIC membuat janji tersebut kepada ibu gadis berkenaan sebelum rakaman audio perbualan mereka tersebar luas melalui aplikasi mesej WhatsApp.

Dalam klip audio lapan minit 49 saat itu, lelaki itu memberitahu bahawa beliau telah membantu banyak gadis, yang baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat pekerjaan setelah mereka mengadakan hubungan seks dengannya.

Suspek bagaimanapun difahamkan telah melepaskan jawatannya dalam MIC susulan tersebarnya rakaman terbabit.

Menyentuh isu gengsterisme dalam kalangan pelajar, Kamalanathan berkata ia masalah yang tidak boleh disembunyikan pengetua mahupun guru besar.

“Saya rasa tidak berbaloi kalau dia hendak menyembunyikannya kerana masa depan dia sebagai seorang pendidik akan tercalar dengan kegiatan itu.

“Oleh itu, lebih baik kita maklumkan perkara sebenar supaya ada peluang untuk kita memperbetulkan keadaan agar ia tidak diulangi lagi,” katanya. — Bernama



Sumber Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat


Demikianlah Artikel Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat

Sekianlah artikel Audio seks tersebar, guru minta serah tubuh akan dipecat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: