Judul : 9 Tips Bagaimana Untuk Bangkit Daripada Kejatuhan Dalam Perniagaan.
link : 9 Tips Bagaimana Untuk Bangkit Daripada Kejatuhan Dalam Perniagaan.
9 Tips Bagaimana Untuk Bangkit Daripada Kejatuhan Dalam Perniagaan.
Peniaga atau usahawan selalunya akan kalah dengan kejatuhan apatah lagi jika kegagalan itu melibatkan terhangusnya duit dalam kuantiti yang bernilai tinggi. Kegagalan boleh berlaku bila-bila masa, kerana ianya tidak kira kena kepada syarikat yang kecil atau syarikat yang besar.
Siapa mahukan kegagalan, lihat sahaja syarikat penerbangan MAS, dengan terhempasnya 2 buah kapal terbang MH370 dan MH17 menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang sangat teruk.
Benar, kegagalan memang pahit untuk ditelan bagi sesiapa yang menghadapinya. Setelah anda berhempas pulas menaikkan perniagaan tetapi akhirnya anda tersungkur di pintu kejatuhan. Segalanya terasa lemah dan lelah. Wang ringgit hancur musnah. Yang ada Cuma kertas-kertas kosong yang tidak bernilai.
Apabila berhadapan dengan situasi sebegini jangan berputus asa dan menyerah kalah sebelum melawannya kembali. Yakinlah sesuatu buruk yang terjadi pasti akan ada hikmahnya.
Bina kembali kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan. Cuba susun dan mengkaji kembali misi dan visi anda, mungkin memerlukan sedikit perubahan untuk memastikan anda dapat mencapai kejayaan.
#1- Bersyukur Dengan Pencapaian Yang Sedikit
Selalunya apabila berada di ambang kegagalan kita meletakkan 100 peratus pada rasa berputus asa sehingg kita lupa pada pencapaian yang sedikit. Mungkin sasaran hendak mencapai jualan RM10,000 tetapi hanya berjaya memperoleh RM1000 sahaja.
Gagal dalam mencapai sasaran, tetapi tidak gagal dalam berusaha. Apabila kita bersyukur kita akan berusaha dengan lebih supaya pencapaian itu meningkat sedikit demi sedikit dan tidak terjunam seluruhnya.
Mensyukuri nikmat yang sedikit akan membuka peluang kepada datangnya nikmat yang lebih besar kerana janji Allah itu pasti.
#2- Reset Diri Berfikiran Positif
Selalunya berfikiran negatif itu jauh lebih mudah daripada menjana fikiran positif. Berfikir positif adalah satu tabiat yang boleh diamalkan. Pernahkah anda kenali orang yang sentiasa berfikir positif?
Golongan seperti ini akan selalu menjadikan kegagalan sebagai jalan utama menempah kejayaan. Lihat sahaja jenama jenama besar suatu ketika dahulu pernah gagal sebelum mereka menjadikan kegagalan ini sebagai perisai untuk berjaya.
Berdampingan dengan suasana positif, orang positif akan membuatkan tempias positif itu terkena diri anda. Ayuh, positifkan diri daripada belenggu masalah yang tiada kesudahan.
#3- Berhubungan Dengan Rakan Bisnes
Berinteraksi dengan rakan-rakan bisnes yang lain akan memberi impak baik dalam diri anda. Ajak mereka keluar bersama, untuk berkongsi pengalaman perniagaan masing-masing.
Jadikan rakan yang telah berjaya sebagai mentor dan minta pendapat serta pertolongannya untuk memajukan kembali bisnes anda.
#4- Join Group Bisnes
Salah satu cara untuk bebaskan diri daripada masalah kegagalan adalah sertai kumpulan bisnes anda. Laman-laman sosial kini banyak dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan bisnes.
Menyertai seminar-seminar perniagaan yang dianjurkan dari semasa ke semasa juga adalah terapi paling baik untuk menjana kembali minda dan diri anda. Anda juga akan temui solusi kepada permasalaha dalam perniagaan kerana di sini terkumpulnya pelbagai usahawan daripada latar belakang perniagaan yang berbeza.
#5- Revival Plan
Luangkan masa untuk merancang semula hala tuju bisnes. Rancang seminima mungkin terutama usaha yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek (1 – 3 bulan).
Tangguhkan dahulu matlamat yang besar, sebaliknya bina dan kukuhkan kembali ‘tapak yang telah retak’. Dan yang penting adalah kita benar-benar jelas apa yang kita mahu dan apa yang akan kita lakukan.
#6- Contact Semula Database
Berhubung semula dengan pelanggan lepas melalui aplikasi wassup, sms, atau call. Bertanya khabar dan berinteraksi tentang produk yang pernah dijual. Wujudkan rangsangan urusniaga.
Tawarkan mereka pakej-pakej menarik untuk menghabiskan stok anda yang tinggal atau tawarkan mereka hadiah percuma jika membeli produk anda dengan harga asal. Anda perlu bijak dalam berinterasi agar pelanggan senang berdampingan dengan anda dan produk yang dijual.
#7-Aktifkan Diri Semula Di Media Sosial
Aktifkan diri setiap masa di laman media sosial kerana pasaran perniagaan zaman kini tertumpu di laman sosial. Cari target audience anda untuk membeli produk yang dijual. Menjadi pembaca setia penulisan anda tentang perniagaan yang diusahakan.
Buang sikap malas tetapi rajinlah menulis apa jua topik secara berskala. Jangan berhenti sekejap kemudian menulis semula. Sentiasa konsisten supaya pembaca setia tidak lupa untuk melawat laman sosial anda setiap waktu.
#8- Jangan Berhenti Buat Marketing
Marketing adalah nadi penting dalam sebuah bisnes, kaji semula kelemahan marketing yang sebelumnya. Bina semula strategi marketing autopilot yang akan terus beroperasi tanpa perlu kita melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.
Letakkan sasaran pembeli. Di mana sasaran anda berada, waktu bila dan apa kehendak dan keperluan sasaran anda.
# 9-Pantau Prestasi Bisnes
Akhir sekali, jangan lupa pantau prestasi bisnes anda. Jika sebelum ini anda mengambil jalan mudah dengan tidak memantau bisnes anda secara berskala, tetapi kali ini anda perlu mengubah tradisi.
Persoalan tentang adakah mengikut plan yang dirancang? Jika tak capai sasaran, apa perlu buat? Perbaiki dan Optimize plan bisnes anda semula. Jika ada masalah, selesaikan masalah dengan segera.
Jika anda masih lagi tidak dapat selesaikan masalah tersebut, jangan biarkan je sampai bertimbun-timbun. Cari orang yang boleh tolong selesaikan masalah anda.
Sumber 9 Tips Bagaimana Untuk Bangkit Daripada Kejatuhan Dalam Perniagaan.