7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook

7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook
link : 7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook

Baca juga


7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook

Kuasa Facebook pada zaman ini telah melahirkan golongan yang ketagihan laman sosial  terutama di kalangan anak muda.  Di Mesir, seorang ayah menamakan bayinya yang baru lahir dengan nama Facebook .

Al-Ahram, sebuah surat khabar yang cukup popular di Mesir menulis, seorang ayah bernama Jamal Ibrahim yang berusia sekitar 20 tahun hendak mengungkapkan perasaan terima kasihnya di atas kemenangan Revolusi 25 Januari, dengan memberi nama anak perempuan pertamanya yang baru lahir dengan nama “Facebook Jamal Ibrahim”.

Lambakan produk-produk yang dijual di facebook juga akan meningkatkan saingan di antara peniaga. Setiap hari ada sahaja produk baru yang dipasarkan di atas laman muka buku ini.

Jika anda bijak dalam menggunakan peluang yang ada, anda boleh menjana wang hasil berniaga di facebook. Kos sewa kedai, bila api dan air serta utiliti lain dapat dijimatkan. Pemasaran dan penjualan melalui Facebook akan membuka ruang dan peluang kepada anda untuk meningkatkan jualan.

Jika anda seorang peniaga dan ingin mencari prospek menggunakan Facebook, anda boleh gunakan tip-tip di bawah.

#1-Guna Perkataan Yang Memberi Impak “WOW”


Lambakan iklan yang bersaing di laman facebook akan menyebabkan pembeli mempunyai banyak pilihan yang ditawarkan. Mesej anda mungkin akan tenggelam jika ayat iklan anda biasa-biasa.

Untuk melahirkan ayat pemasaran yang gagah ianya harus memberi impak ‘wow’ kepada para pengguna facebook dan keberangkalian mereka untuk melawat pages anda adalah tinggi.

Penggunaan perkataan yang akan membuatkan orang klik pada iklan anda, sebagai contoh, percuma, terkini, hadiah, potongan harga adalah perkataan yang memberi impak ‘wow’ dan menarik minat untuk orang klik.

 #2- Buat Minima 3 Post Sehari

 Rajin adalah kunci kepada sebuh kejayaan. Anda kena sentiasa berdampingan dengan laman sosial anda. Ini adalah untuk memastikan post anda ‘ditangkap’ oleh algoritma Facebook yang bakal menayangkan post anda di News Feed orang lain.

#3- Hanya Kongsi 1 Post Tentang Perniagaan Anda

 Jika anda mahu menghebahkan mengenai perniagaan anda atau melakukan upsale kepada kenalan anda di Facebook, pastikan hanya sekali sehari. Jumlah maksima yang dibenarkan ialah 2 kali dalam sehari.

Apabila anda kekal dengan satu post jualan sahaja, post itu akan memdapat tontonan yang tinggi. Kalau benar-benar perlu untuk memuat naik atau menulis post yang bersifat menjual, pastikan jarak masa agak jauh di antara dua posts tersebut.

Post selebihnya pada hari yang sama adalah untuk anda berkongsi nasihat atau akitivi anda.

#4- Menjual Ketika Gaji

Jika nak menjual, juallah pada ketika orang berduit.  Iaitu ketika waktu gaji masuk. Anda mesti ada sasaran iaitu antara pembeli daripada penjawat awam atau pekerja swasta.

Pada waktu ini, memang lebih mudah menjual berbanding hari biasa. Kita boleh buat iklan tentang produk kita kepada pembeli ketika ini, ataupun anda boleh follow up semula mereka yang pernah berminat dengan produk anda

#5-Beri Respon Pada Setiap Komen Yang Anda Terima

Bakal pembeli atau pelanggan sangat suka jika pertanyaan yang diutarakan di laman facebook mendapat balasan terpantas. Hal ini menunjukkan kesungguhan anda dalam berniaga. Pastikan anda memberi respon pada setiap komen.

Melalui cara ini, mereka akan sering melihat post anda di News Feed mereka. Jika anda reply, lebih bagus kerana bilangan komen yang tinggi akan meningkatkan reach post tersebut.

 #6- Pelbagaikan Jenis Posting Anda

Pelbagaikan posting setiap hari dengan memeriahkan laman FB anda menggunakan pelbagai sudut seperti FB live, video, ayat-ayat motivasi, tip-tip berguna dan lain-lain.

Sentiasa membuat perkongsian tentang berita-berita terkini atau isu semasa, jangan biarkan laman FB anda suram. Pastikan setiap hari ada pengunjung yang melawat laman FB anda.

#7-Gunakan Gambar Yang Memukau.

Dalam Facebook marketing, gambar atau imej memainkan peranan besar untuk menarik perhatian audiens dan seterusnya mampu membuatkan mereka berminat atau
berniat untuk membeli.

Jika anda seorang penjual makanan, cuba gunakan gambar seseorang menikmati makanan yang dijual anda di kawasan yang cantik kerana hakikatnya kita sebagai manusia suka melihat akan kecantikan. Jika jual produk kecantikan muka, anda boleh gunakan gambar testimonial pengguna.

Gunakan gambar yang mampu memainkan emosi prospek! Emosi prospek mudah ‘dicuit’ dengan menggunakan gambar yang mempersembahkan unsur‐unsur adjektif seperti “cantik, mudah, cepat, murah, jimat, dan lain-lain.



Sumber 7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook


Demikianlah Artikel 7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook

Sekianlah artikel 7 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan Melalui Facebook kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: