Judul : 120,000 Pelancong Kini Terkandas Di Bali
link : 120,000 Pelancong Kini Terkandas Di Bali
120,000 Pelancong Kini Terkandas Di Bali
Berikutan gunung berapi yang dijangka bakal meletus bila-bila masa dari sekarang, lapangan terbang antarabangsa Bali, Indonesia, ditutup hingga esok kerana debu gunung Agung itu bahaya untuk pesawat. Bukan itu sahaja, sungai juga dikatakan turut dicemari dengan debu dari gunung berapi berkenaan.
BACA: AirAsia Batal 32 Penerbangan Ke Bali
Ramai pelancong terkandas di lapangan terbang kerana beratus penerbangan dibatalkan. Bayangkan jika ada pelancong membawa anak mereka yang masih kecil, pasti mereka sukar untuk menguruskannya.
Gunung Agung yang menjadi tarikan pelancong kini bakal meletus dan kelihatan asap tebal sudah menjulang tinggi hingga ke awan menyebabkan pesawat tak dapat melalui kawasan itu.
Seramai 120,000 pelancong terkandas di pulau tersebut dan hanya mampu menunggu hingga keadaan pulih kerana mereka tiada pilihan lain.
Manakala semua penduduk sekitar kaki gunung juga telah keluar dari rumah mereka untuk mencari perlindungan.
Diharap semua penduduk dan pelancong yang terkandas sentiasa berada dalam keadaan selamat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Muntah Paus Buat Lelaki Ini Jutawan
Misteri Hujan Turun Hanya Di Satu Rumah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram