Pelumba negara kurang menyerlah di ACC

Pelumba negara kurang menyerlah di ACC - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pelumba negara kurang menyerlah di ACC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelumba negara kurang menyerlah di ACC
link : Pelumba negara kurang menyerlah di ACC

Baca juga


Pelumba negara kurang menyerlah di ACC

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara gagal menyerlah dalam perlumbaan bawah 23 tahun sejauh 156 kilometer dalam Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) - Lebuh Raya di Nay Pyi Taw, Myanmar, pagi tadi.

Malah, pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhsin Al Redha Misbah yang menjadi sandaran untuk menduduki sekurang-kurang tempat kelima terbaik juga gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila kehabisan tenaga sebelum dipintas peserta lain di saat akhir.

Dia menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dengan catatan masa 3 jam 34 minit 13 saat (s).

Pingat emas menjadi milik pelumba Jepun, Masaki Yamamoto dengan catatan masa 3:34.0s diikuti pemenang pingat perak dari Iran, Mohammad Ganjkhanlou dan pelumba Mongolia, Jambaljamis Sainbayar.

Pengurus TSC, Sayuti Zahit, ketika dihubungi berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan tiga pelumbanya yang menyertai perlumbaan hari ini biarpun Muhsin gagal mencapai sasaran awal ditetapkan.

"Secara keseluruhan saya puas hati terutama prestasi ditunjukkan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dan Akmal Hakim Zakaria selepas mereka berjaya melakukan pecutan awal untuk menjarakkan diri dengan kelompok besar pelumba bersama peserta Thailand, Mongolia dan Kemboja.

"Bagaimanapun, nasib mereka kurang baik kerana berjaya ditangkap oleh kelompok besar pelumba lain pada jarak 30km sebelum garisan penamat. 

"Tidak lama selepas itu Muhsin bersama tujuh pelumba lain pula berjaya menjarakkan diri dari kelompok besar pelumba sebelum beliau dipintas sebelum sampai di garisan penamat. 

"Kita sudah ada peluang (menaiki podium) apabila kita lihat Muhsin bersama tujuh pelumba berada di hadapan, namun saya kecewa kerana beliau gagal memanfaatkan peluang dan membiarkan pelumba lain memintasnya di saat akhir," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.



Sumber Pelumba negara kurang menyerlah di ACC


Demikianlah Artikel Pelumba negara kurang menyerlah di ACC

Sekianlah artikel Pelumba negara kurang menyerlah di ACC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.