Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah

Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah
link : Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah

Baca juga


Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah

IPOH: Seramai 350 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) negeri ini menyertai lafaz Ikrar Bebas Rasuah.

Program anjuran Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu disertai oleh 20 NGO dan wakil PIBG daripada 150 sekolah.

Antara NGO yang menyertainya ialah Dewan Perniagaan Islam Perak, Persatuan Rekreasi Negeri Perak, Persatuan Silat Helang Putih serta wakil PIBG daripada sekolah di daerah Kinta.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir merasmikan majlis dan mengetuai majlis pembacaan ikrar berkenaan.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus, berkata pihaknya menyokong penuh usaha yang dibuat MCW bersama-sama kerajaan negeri dalam menggalakkan NGO menjadi mata dan telinga kepada SPRM.

"Penyertaan mereka akan menjadi sumber inspirasi kepada orang awam dan penduduk kampung supaya dapat bersama-sama membantu SPRM dalam membanteras jenayah rasuah.

"Jadi, penyertaan rakyat melalui Gerakan Revolusi AntiRasuah (GERAH) ini akan menjadikan rakyat benar-benar bangun bersama-sama kita untuk bergerak agresif dalam membenci rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani dan melafaz ikrar berkenaan yang diadakan di Auditorium Institut Latihan Perindustrian Ipoh di Taman Meru, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden WCW, Jais Abdul Karim.

Zainul berkata, faktor paling penting ialah kesedaran rakyat bahawa rasuah bukan lagi perkara yang boleh diambil mudah.

"Kalau dahulu dadah musuh nombor satu, tetapi sekarang disebabkan rasuah, pengedaran dadah, kemasukan senjata api termasuk membabitkan kemalangan, lesen terbang dan sebagainya boleh berlaku," katanya.



Sumber Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah


Demikianlah Artikel Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah

Sekianlah artikel Pemimpin di Perak lafaz bebas rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: