“Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran

“Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran
link : “Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran

Baca juga


“Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran

SEPANJANG minggu lalu, industri hiburan tanah air dihangatkan dengan kisah ‘perang mulut’ di antara bekas suami isteri, Adam Shahz dan Fatin Afeefa.

Ini selepas Adam mendakwa bahawa dia disihir bekas isterinya itu sehingga menyebabkan gerbang perkahwinan yang dibina mereka musnah.

Kini, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdul Ghani, menegaskan bahawa dia sanggup bersumpah di hapadan kitab suci Al-Quran untuk membuktikan segala apa yang didedahkannya sebelum ini adalah benar.

“Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” - Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran

“Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran

“Saya sanggup bersumpah depan al-Quran bagi membuktikan segala apa yang saya katakan selama ini benar. Jika dia (Fatin Afeefa) rasa betul, sila ambil tindakan yang sama,” katanya memetik portal Kosmo! Online.

Jelas Adam, dia mengambil keputusan untuk bersuara disebabkan oleh kenyataan Fatin sebelum ini yang mendakwa diganggu Adam walaupun setelah bercerai.

Tindakan itu kata Adam telah mengguris perasaan serta mengaibkan keluarganya.

“Selama ini, hanya saya yang dituduh bukan-bukan. Sebab itu, saya sekadar mendiamkan diri sehinggakan ibu saya turut meletakkan kesalahan penceraian ini berpunca daripada saya.

“Cuma, segala-galanya cukup melampau sekarang. Tuduhan kononnya saya masih menganggu dirinya selepas berpisah sememangnya sesuatu yang mengarut.

“Hendak menghantar pesanan WhatsApp pun disekat, bagaimana boleh timbul soal saya masih mengganggu dirinya dan sebagainya,” ujarnya kepada akhbar tersebut.

Sebelum ini, Adam menerusi akaun media sosialnya mendedahkan kepada umum mendakwa dia telah disihir Fatin bagi menutup kecurangan yang dilakukan aktres itu ketika masih bersama.

Walaubagaimanapun, Fatin telah menidakkan perkara tersebut serta turut menegaskan bahawa dia tidak mengenali mana-mana bomoh apatah lagi di kawasan bandar seperti Subang Jaya, Selangor.

Adam turut menyifatkan tiada guna untuk dia dan Fatin berjumpa untuk membincangkan maslah yang terjadi bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.

“Tidak guna berjumpa untuk berbincang, lain jadinya nanti. Saya pun tidak berdepan masalah untuk bertemu anak-anak yang kini dijaga keluarga mertua, bukan dia yang jaga,” kata Adam.

Mengulas mengenai pandangan netizen yang menganggap dirinya bersuara bagi meraih perhatian Fatin, Adam berkata dia tidak mengambil pusing perkara tersebut kerana mereka tidak mengetahui cerita sebenar.

“Yang tidak tahu cerita sebenar, ada baiknya mendiamkan diri. Jangan sampai tidak sempat untuk meminta maaf kepada saya, berdosa jadinya.

“Terus terang, saya tidak akan teragak-agak untuk membongkar segala-galanya jika dia (Fatin) masih mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.

“Ini semua sekadar untuk menutup kesalahan masa lalu, selain mahu periuk nasi saya terjejas,” dakwanya.

Dalam pada itu, Adam juga turut menolak sebarang kemungkinan untuk dia kembali berbaik bersama bekas isterinya itu demi kesejahteraan anak-anak.

“Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak,” tegasnya.

Adam, yang baru sahaja habis menjalani penggambaran filem berjudul Zaara di samping Kamal Adli dan Syaiful Zero, sah bercerai talak satu dengan Fatin pada Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka pada Disember 2013, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia berumur 3 tahun.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/EZ

 



Sumber “Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran


Demikianlah Artikel “Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran

Sekianlah artikel “Hanya gagak yang makan bangkai dan saya bukannya gagak” – Adam Shahz tolak kemungkinan berbaik dengan bekas isteri, sanggup bersumpah depan Al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.