Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih

Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih
link : Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih

Baca juga


Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih

PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan hatinya terbuka untuk menerima pengurus sebagai kekasihnya selepas lelaki dikenali sebagai Arul itu bersetuju dengan dua syarat diberikan.

Shiha berkata, dia terbuka hati untuk menerima Arul selepas pemuda itu bersetuju ibunya perlu mengikut mereka ke mana-mana sahaja selain Shiha mahu menjaga ibu jika mereka berkahwin suatu hari nanti.
Selain itu kata Shiha, dia selesa menjalinkan hubungan dengan Arul yang dikenalinya sejak 2009 dan menyifatkan lelaki itu sebagai bertangggunjawab, berfikiran terbuka selain menghormati orang tua.

"Shiha kenal dia hujung tahun 2009... Lamakan? Ramai cakap 'lamanya kau bertahan dengan dia beb...' Tau tak kenapa boleh bertahan? Sebab dia bertanggungjawab, hormat orang tua, berfikiran terbuka dan sangat memamahi kerja Shiha.

"Yang paling seronok sekali syarat Shiha waktu mula-mula kita orang berkenalan tu, Shiha cakap 'kalau ikhlas nak kawan dengan saya, awak kena terima kalau ke mana-mana saya bawa mak.

"Dan kena terima mak saya sebab kalau saya kahwin nanti pun saya tetap akan jaga mak sebab arwah abah dah meninggal' dan dia cakap 'Saya OK dengan syarat tu...' Syukur lepas dengar jawapan tu," tulis di Isntagram.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 31, memuat naik status itu sebagai ucapan bersempena sambutan hari lahir Arul selain memuji lelaki itu sebagai pendorongnya dalam karier seni.

Dalam pada itu, Shiha berkata dia sering mendapat pertanyaan daripada 'makcik bawang' berikutan dia memilih pengurusnya sebagai pasangan.

Bagaimanapun katanya, telahan itu salah kerana Arul dikenalinya sebelum dirinya bergelar penyanyi dan lelaki itulah yang banyak berkorban untuknya sepanjang tempoh berkenaan.

"Ramai orang ingat Shiha rapat dengan dia selepas Shiha masuk industri sampai ada juga makcik-makcik bawang cakap 'eh kenapa dia bercinta dengan pengurus dia'?

"Tapi anda silap, Shiha kenal dia sebelum Shiha masuk dalam industri lagi dan dia dan maklah orang yang tunggu Shiha dekat pintu pagar TV3 dari pagi ke tengah malam waktu Shiha uji bakat Mentor 2011 dulu di mana waktu itulah permulaan Shiha serius dalam industri.

"Banyak masa dan tenaga yang dah dia korban demi nak tengok Shiha capai apa yang Shiha nak," jelasnya.

Bercakap mengenai perancangan perkahwinan, Shiha meminta pengikutnya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

"Doa yang baik-baik. Bab jodoh tu jangan tanya banyak kali sebab kalau ada jodoh takkan kemana kan?," tulisnya lagi.



Sumber Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih


Demikianlah Artikel Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih

Sekianlah artikel Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: