Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid

Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid
link : Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid

Baca juga


Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid

Zahid memberi jaminan kerajaan akan terus memantau jika terdapat aduan berkaitan penderaan pembantu rumah di negara ini. — Foto BernamaZahid memberi jaminan kerajaan akan terus memantau jika terdapat aduan berkaitan penderaan pembantu rumah di negara ini. — Foto BernamaBAGAN  DATUK, 17 Feb — Malaysia berharap Indonesia tidak memberhentikan penghantaran pembantu rumah berikutan kes penderaan sehingga membawa maut yang berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini kerana ia merupakan kes terpencil.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan drastik negara jiran itu hanya akan merugikan kedua-dua buah negara.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau akan bertemu Menteri Tenaga Kerja Indonesia Muhammad Hanif Dhakiri untuk berunding semula dan mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung masalah yang berlaku dalam tempoh terdekat.

“Kita (Malaysia) melahirkan rasa terkilan jika benar pihak Indonesia, mengikut laporan media, akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara kita disebabkan kes terpencil yang berlaku berhubung penderaan terhadap pembantu rumah.

“Malah kita tahu bahawa kita mempunyai SOP (Prosedur Operasi Standard) yang tertentu yang harus dipatuhi para majikan dan kerajaan Malaysia tidak akan pernah melindungi mana-mana majikan yang melakukan penderaan atau kezaliman,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Dataran Bagan Datuk dan turut meninjau beberapa projek infrastruktur di sekitarnya.

Dalam laporan portal berita tempatan yang memetik portal berita Indonesia hari ini, Jakarta merancang untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Lisao, 26, yang didera di rumah majikannya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata atas dasar kemanusiaan, Malaysia tidak akan melindungi atau menyembunyi sebarang fakta yang berlaku dalam kejadian tersebut.

“Pendakwaan akan dilakukan dan pengadilan akan dibuat di Malaysia. Indonesia perlu yakin negara ini merupakan sebuah negara yang berbeza dengan negara-negara lain (berhubung kes penderaan dan kematian pembantu rumah),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan dari segi kadar peratusan penderaan pembantu rumah di negara ini, ia adalah yang terendah berbanding negara-negara lain.

“...ertinya kita mengambil kepedulian terhadap kebajikan pembantu rumah dari Indonesia di negara ini,” katanya.

Ahmad Zahid turut memberi jaminan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia akan terus memantau jika terdapat aduan berkaitan penderaan pembantu rumah dI negara ini.

“Kita akan melihat semula perjanjian di antara majikan dan pekerja berkenaan, mana-mana peraturan yang masih mempunyai kelonggaran maka kita akan adakan kajian semula termasuk SOP keselamatan,” katanya.

Adelina yang mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua-dua kaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.  — Bernama



Sumber Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid


Demikianlah Artikel Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid

Sekianlah artikel Dera amah Indonesia kes terpencil, kata Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.