Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'

Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'
link : Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'

Baca juga


Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'

GARA-GARA kerap diberi rating yang rendah, sekumpulan pemandu perkhidmatan Uber dan Grab bertindak memboikot pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi yang dikatakan 'banyak songeh'.

Dalam satu luahan yang tular di laman sosial sejak semalam, seorang pemandu mendakwa terkilan apabila rating yang rendah diberikan pelajar atas alasan mereka menggunakan kereta buatan tempatan.

Semuanya bermula selepas seorang pengguna Facebook yang juga pemandu perkhidmatan Uber dan Grab, menerima rungutan daripada pelajar sebuah universiti awam yang mendakwa sukar mendapatkan pemandu  di kawasan kampus.

Selepas diselidik, rupa-rupanya ia berpunca daripada sikap pelajar itu yang kerap memberikan rating yang rendah kepada pemandu, dan lebih mengecewakan rating yang rendah diberi berdasarkan kereta yang digunakan.

Luahan seorang pemandu yang rancak dikongsi di laman sosial.
"Saya tanya, dia kerap bagi satu bintangkah? Katanya dia dan rakan-rakan beri rating paling tinggi empat bintang sebab kereta Honda Civic baru.

"Kalau kereta nasional, semua satu bintang. Kereta Grab atau Uber Almera pun dapat dua bintang sebab tak glamor," tulis pemandu berkenaan.

Susulan daripada luahan itu, beberapa pemandu lain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama, dengan menyasarkan pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam yang terletak di utara tanah air.

"Ambil pelajar di kawasan kampus universiti itu menjadi punca rating keseluruhan saya jatuh," tulis seorang pemandu, Mohd Izzuwan.

"Saya pernah diberi rating satu bintang walaupun saya tak minta bayaran, memandangkan jarak lokasi yang dituju itu sangat dekat.

"Tapi demi tugas, saya ambil juga. Terkilan apabila akhirnya dia beri saya satu bintang saja," luah seorang lagi pemandu, Haidir Adi Amin.

Luahan para pemandu itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen, khususnya para pelajar sendiri. Rata-ratanya meminta golongan pelajar yang cerewet ini agar menghentikan perbuatan mereka kerana kesannya akan dirasai orang lain juga.

"Perbuatan anda menyebabkan pengguna lain tak dapat menggunakan Grab dan Uber pada waktu terdesak. Tolong jangan mementingkan diri," tulis Aizani Karmila.



Sumber Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'


Demikianlah Artikel Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'

Sekianlah artikel Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :