Judul : Zulin – Ahya, Bercinta Ke Tidak?
link : Zulin – Ahya, Bercinta Ke Tidak?
Zulin – Ahya, Bercinta Ke Tidak?
Masih berkawan. (Pic: Mohamad Bakar)
Hubungan ‘istimewa’ Zulin Aziz dan pelakon serta model, Ahya Rosli hingga kini terus menjadi tanda tanya. Cukup complicated.
Sebelum dikaitkan dengan Ahya, Zulin terlebih dulu panas dengan sensasi hubungan ‘cinta’ dengan anggota kumpulan Forteen, Ariz. Ketika Zulin rapat dengan anggota jejaka putih melepak itu sedikit masa lalu, ramai yang tidak senang hati malah ada yang menuduh Zulin menggunakan 'jalan kotor' untuk mendekati jejaka itu. Ada sahaja cerita yang ditabur hingga akhirnya, hubungan Zulin dan Ariz renggang.
Plot yang sama terjadi apabila penyampai radio Suria FM itu kembali beralih kepada Ahya yang juga anak bujang Normah Damanhuri, kira kira tahun lalu. Hubungan mesra mereka mula menjadi bualan sejak Zulin menggunakan khidmat Ahya sebagai jurulatih kecergasannya. Malah pernah bertebaran cerita, Zulin dikatakan begitu terdesak menagih cinta hingga sanggup melaburkan banyak wang memenangi hati jejaka itu.
Tak hanya di situ, kisah Ahya dibawa Zulin bercuti juga pernah kedengaran. Ketika ini juga hubungan Zulin dengan keluarga Ahya dilihat semakin akrab dan senario itu kerap dikongsinya di laman Instagram. Gara-gara itu pula timbul cerita Zulin cuba menawan hati keluarga jejaka tinggi lampai yang turut bergelar model dan pelakon berkenaan juga.
Namun hingga kini, di sebalik ada andaian mereka dikatakan bercinta, tak kurang juga yang menganggap Zulin hanya bertepuk sebelah tangan. Ya, benar! It takes two to tango.
Baru-baru ini hubungan mereka dikatakan kononnya sudah hambar apabila Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abd Aziz tidak lagi follow Instagram Ahya di laman Instagram. Lalu ia memungkinkan kebarangkalian apakah Zulin dan model tinggi lampai yang juga anak dramatis Normah Damanhuri itu sudah ‘berpatah arang’?
Kata Zulin, apa yang dilakukannya dengan unfollow Ahya di Instagram sebenarnya untuk mengelak tekanan serta pengaruh pihak luar yang tidak suka mereka berkawan rapat.
Kata Zulin, tak semestinya bila sudah unfollow mereka tidak lagi berkawan macam dulu.
“Mana ada bergaduh pun. Bahkan kami masih berkawan sekalipun tak lagi saling mengikuti di laman Instagram. Saya sebenarnya sudah lama unfollow dia di laman bergambar popular itu. Cuma Ahya saja yang baru sedar dan turut buat benda sama.
“Saya berbuat begitu untuk mengambil jalan selamat daripada memeningkan kepala memikirkan kata dan persepsi orang luar terhadap hubungan kami. Saya pada satu tahap jadi rimas apabila orang luar yang lebih tahu itu dan ini. Ada yang tak suka kami berkawan rapat, sakit hati dan saling memburuk-burukkan keakraban kami itu. Soal kecaman itu lagilah sudah biasa. Saya sudah masak dengan hal itu.
“Malah saya pernah mendapat mesej peribadi di laman itu yang meminta supaya saya tidak lagi berkawan dengannya,” katanya.
Apa terjadi, Zulin mengakui Ahya memang seorang kawan yang baik.
“Tak perlu risau kami masih baik. Tak semestinya kami tak saling mengikuti di laman Instagram itu kerana kami putus kawan. Mungkin dengan cara saya tidak mengikutinya lagi boleh memuaskan hati mereka di luar sana itu.
“Dialah selama ini yang banyak bagi semangat untuk saya diet dan jaga badan,” katanya.
Mengenai hubungan dengan keluarga Ahya, penyanyi lagu Terbiar yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Pilih Kasih itu mengakui memang cukup rapat dengan mereka.
“Seperti mana saya selesa dengan Ahya, begitu juga aura saya dan keluarganya boleh jadi ‘ngam’. Dengan keluarganya saya tak perlu susah susah jadi orang lain. Kami jadi diri sendiri. Perangai gila-gila masing-masing akan keluar kalau berjumpa. Kalau berjumpa ada saja topik yang akan diborak.
“Kalau tak jumpa, mulalah rasa rindu.
“Jujur saya tak kisahlah apa orang nak cakap fasal saya dengan mereka. Saya selesa dengan Ahya dan keluarganya,” kata Zulin.
Sumber Zulin – Ahya, Bercinta Ke Tidak?