Judul : (Video) Warga emas cedera dibelasah perompak ketika keluar bersenam awal pagi
link : (Video) Warga emas cedera dibelasah perompak ketika keluar bersenam awal pagi
(Video) Warga emas cedera dibelasah perompak ketika keluar bersenam awal pagi
Sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa keluar bersenam di kawasan perumahan mereka sebelum dihampiri sebuah kereta Proton Wira. Dua suspek keluar dari kereta, manakala pemandunya menunggu di dalam kereta.
Merasakan ada perkara buruk yang akan berlaku, kesemua mangsa segera melarikan diri. Namun oleh kerana badan sudah dimamah usia, mereka tersadung dan terjatuh di atas jalan raya, menyebabkan kecederaan pada lutut.
Salah seorang mangsa cuba berdiri semula namun ditolak oleh suspek. Mangsa terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba meragut rantainya. Berang dengan tindakan mangsa yang cuba melawan, salah seorang suspek mukul mangsa dengan sebatang kayu.
Mangsa akhirnya mengalah dan terpaksa membiarkan rantainya diragut suspek yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut mangsa, dia pada awalnya menyangka dua suspek itu mahu menculiknya, menyebabkan dia sedaya upaya bergelut dengan suspek agar tidak ditarik masuk ke dalam kereta.
Mangsa cedera di tapak tangan, tangan, lutut dan mata kanan. Selain itu mangsa tidak dapat mengangkat tangan kanannya dan lebih teruk lagi dia tidak dapat menaiki tangga.
Sumber (Video) Warga emas cedera dibelasah perompak ketika keluar bersenam awal pagi
Demikianlah Artikel (Video) Warga emas cedera dibelasah perompak ketika keluar bersenam awal pagi
Sekianlah artikel (Video) Warga emas cedera dibelasah perompak ketika keluar bersenam awal pagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.