Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji

Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji
link : Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji

Baca juga


Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji

SUAMI isteri di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok, Jitra, cedera akibat diserang oleh anak lelaki mereka berusia 28 tahan menggunakan besi dan gergaji pagi semalam.

Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji

Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji

Kejadian berlaku pada 11 pagi ketika mangsa, Tom Wahid, 64, dan suaminya, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, berada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, anggotanya yang bertugas di Pondok Polis Sungai Korok, di sini menerima maklumat awam pada jam 12 tengah hari berhubung kes suami isteri diserang anak di rumah mereka..

Berikutan itu katanya, anggotanya pergi ke tempat kejadian dan menahan suspek serta merampas barangan kes untuk membantu siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi didapati, ibu suspek berada di rumah jirannya dalam keadaan lemah dan berdarah di bahagian muka.

“Ketika itu suspek dikatakan duduk mencangkung di hadapan rumah dan terdapat sebilah gergaji di sebelahnya.

“Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati bapa suspek terbaring di dapur rumah dan anggota kami terus menahan suspek serta merampas parang bersama penimbang air untuk siasatan lanjut,” katanya dihubungi.

Mohd Ismail berkata, hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian wanita itu memasak di dapur sebelum didatangi anak lelakinya yang berusia 28 tahun.

Katanya, lelaki itu memarahi ibunya kerana melaporkan kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkenaan kes dia ditahan sebelum ini.

“Suspek dikatakan mengamuk dan mengambil besi serta gergaji lalu memukul ibunya menyebabkan mangsa luka pada pipi kanan dan bahu disyaki terkena senjata tajamitu serta lebam di seluruh badan akibat dipukul.

“Selain itu suspek juga turut menyerang bapanya sehingga menyebabkan luka di bahagian perut,” katanya.

Mohd Ismail berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan segera akibat kecederaan yang dialami.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ujian imbasan mendapati, wanita itu turut patah ibu jari tangan kanannya.

“Bapa suspek hanya luka ringan di perut namun hasil ujian imbasan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman saluran urat darah dalam perut pecah dan akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa dikatakan tinggal di rumah itu bersama dua anak termasuk suspek. Bagaimanapun suspek tidak bekerja dan baru beberapa bulan keluar dari pusat pemulihan dadah, ” katanya.

Mohd Ismail berkata, hasil soal siasat terhadap suspek mendapati dia mengaku menetak ibunya dengan gergaji di bahagian belakang badan dan kemudian memukul bapanya menggunakan penimbang air.

Beliau berkata, ketika itu suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis ganja, heroin dan syabu.

“Berikutan itu kita menahan suspek untuk siasatan lanjut dan merampas sebatang gergaji besi dan penimbang air hijau panjang untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji


Demikianlah Artikel Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji

Sekianlah artikel Tergamak serang ibu, ayah dengan gergaji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: