Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia

Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia
link : Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia

Baca juga


Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Allahyarham meninggal dunia kerana kanser menurut laporan akhbar media perdana di Hospital KPJ Damansara. KPJ (Kumpulan Perubatan Johor) merupakan salah satu jenama yang beliau bangunkan ketika hidupnya.

Allahyarham sangatlah terkenal di Malaysia sebagai satu figura yang gah. Namanya masyhur di bibir rakyat, menjadi idola anak-anak muda yang baru mula mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Jasa beliau membangunkan ekonomi Malaysia dan Johor berdekad lamanya.

Mengikut data daripada Bloomberg, beliau sekurang-kurangnya sudah berkecimpung dalam 12 industri berbeza. Di mana kita patut mula kalau nak bercakap tentang sumbangan beliau? Hampir tak tersenaraikan.

Beliau bermula sebagai Pegawai Perhubungan Ekonomi Johor, Bank Negara pada 1971, Ketua Penolong Setiausaha di Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 1972. 1974 hingga 1977 beliau dilantik pula sebagai Ketua Pengarah Unit Perancangan untuk Negeri Sarawak. 1978, beliau menjadi Pengarah Projek bagi Kulim (Malaysia) Berhad.

Kalau diperhatikan tahun, sekejap je beliau naik dari pangkat ke pangkat. Inilah bukti orang cekap buat kerja.

Daripada hasil pekerjaan beliau, banyak yang nampak ketokohan dan karisma beliau dalam dunia korporat. Banyaklah jawatan tinggi beliau sandang.

Antara hasil tinggalan beliau adalah Kumpulan Waqaf An-Nur atau WanCorp, sebuah institusi waqaf korporat pertama ditubuhkan di Malaysia.

Mula ditubuhkan pada 2000, tujuannya adalah untuk uruskan klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah naungan JCorp. 2005 dan 2009, namanya ditukar kerana skop dah berbeza. Tugas utama WanCorp menjadi lebih penting, pengurus dan pentadbir waqaf daripada syarikat-syarikat terutamanya Jcorp.

Antara kisah kejayaan Jcorp ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dari 1982 hingga 2010 adalah bagaimana mereka berjaya membeli hak francais Kentucky Fried Chicken (KFC). KFC asalnya merupakan sebuah jenama dari Amerika Syarikat.

Namun dijenamakan semula sebagai sebuah di bawah Jcorp sebagai satu restoran keluarga untuk rakyat Malaysia hinggalah KFC menjadi rangkaian yang gah dengan lebih 600 restoran serata negara.

Pemergian Tan Sri Muhammad Ali Hashim merupakan sebuah kehilangan besar untuk dunia korporat dan rakyat Malaysia. Jasa beliau tak mungkin kita lupakan. Doa dan ingatan kita kepada ahli keluarga allahyarham. Selamat tinggal ikon negara, selamat tinggal Colonel Sanders Malaysia.

Zulhilmi Daud


Sumber Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia


Demikianlah Artikel Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia

Sekianlah artikel Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: