Judul : Nilai murni senjata tangani gejala sosial - TPM
link : Nilai murni senjata tangani gejala sosial - TPM
Nilai murni senjata tangani gejala sosial - TPM
PUTRAJAYA: Pendidikan agama, pemerkasaan institusi keluarga dan penerapan nilai murni menjadi senjata utama menangani kerosakan atau keburukan sosial dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan keberkesanan kerajaan menangani isu sosial seperti dadah, buli, muflis, sumbang mahram dera, rogol, kehamilan luar nikah, rasuah, pedofilia, gelandangan dan yang semakin serius, ketagihan Internet, akan menentukan sama ada negara ini aman atau sebaliknya.
"Kajian menunjukkan kebanyakan isu sosial berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, kelemahan pendidikan agama, pengaruh budaya luar, mengejar gaya hidup mewah, peningkatan kos sara hidup, pengaruh media massa, pengaruh rakan sebaya, sikap indidualistik masyarakat, kelemahan pengurusan kewangan dan kekurangan sistem sokongan.
"Sehubungan itu, Institut penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERI) ditubuhkan, manakala Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinaik taraf bagi memainkan peranan lebih besar dalam mengkaji dan menilai keberkesanan dasar, program kerajaan serta menyelaras pendidikan sosiso-ekonomi negara.
"Bagaimanapun, ini bukan komitmen yang hanya perlu digalas kerajaan semata-mata. Ibu bapa, guru dan masyarakat secara keseluruhan perlu bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing," katanya pada sesi Townhall Majlis Sosial Negara (MSN) bertema menangani Kebejatan Sosial: Cegah sebelum Parah, di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi MSN, turut mengumumkan pelantikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Jenayah Siber bagi menangani ancaman ketagihan Internet yang semakin serius terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Terdahulu, satu panel perbincangan pakar menyaksikan Dr Muhammad Abdul Khaled dari DM Analytics membuat pembentangan mengenai Kemiskinan dan Kesan Kepada Masyarakat.
Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Universiti Malaya turut membentangkan laporan Penerapan Nilai Murni Dalam Masyarakat, manakala Zulkarnaian Mohd Yassin dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membentangkan mengenai Dadah Digital: Pengaruh Gajet Kepada Masyarakat.
Sumber Nilai murni senjata tangani gejala sosial - TPM