Judul : Model remaja 14 tahun yang meninggal kerana keletihan melampau di China hanya dibayar RM35 sehari
link : Model remaja 14 tahun yang meninggal kerana keletihan melampau di China hanya dibayar RM35 sehari
Model remaja 14 tahun yang meninggal kerana keletihan melampau di China hanya dibayar RM35 sehari
KEMATIAN seorang model remaja dari Rusia akibat keletihan melampau ketika bekerja di China, telah mengejutkan ramai. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah Vlada Dzyuba, yang berusia 14 tahun itu hanya memperolehi pendapatan RM35 sehari.
Bukan itu sahaja, Vlada yang tercicir pelajaran di sekolah, hanya mempunyai kontrak selama tiga bulan sahaja di China dan dia melakukannya kerana mahu memenuhi cita-cita menjadi supermodel.
Disebabkan pendapatan yang sedikit itu, dia terpaksa membayar sendiri tambang penerbangan, hotel dan makanan.
Kematiannya itu ternyata telah mencetuskan kebimbangan ramai bagaimana kanak-kanak dieksploitasi dalam industri glamor itu.
Vlada, yang berasal dari Perm itu dilaporkan meninggal dunia akibat keletihan melampau dan meningitis ketika menunggu tugas baru, ditempat jauh beribu batu dari rumahnya.
Remaja itu juga takut untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mempunyai insuran perubatan di China.
Sebelum koma, Vlada telah menghubungi ibunya di Rusia bahawa dia sangat keletihan. Sebelum itu Vlada menghadiri sesi penggambaran untuk barang kemas selama 13 jam.
Kini ibunya, Oksana tidak mempunyai wang untuk membawa pulang mayat anaknya, justeru mayatnya akan dibakar dan abu remaja berkenaan akan diterbangkan ke kampung halamannya dalam masa sebulan.
Diplomat Rusia di China bagaimanapun meminta agar urusan pembakaran Vlada ditangguhkan sehingga ibunya tiba di China.
Sementara itu, agensi modeling di China menafikan gadis itu terlebih kerja namun timbul kebimbangan bagaimana dia boleh bekerja di situ tanpa ditemani oleh ibunya dan datang ke China tanpa insurans perubatan.
Jika di Rusia, dia hanya dibenarkan bekerja tiga jam sahaja dalam seminggu. Penyiasat di Rusia dan pakar hak asasi manusia kini sedang menyiasat kematian Vlada.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Model remaja 14 tahun yang meninggal kerana keletihan melampau di China hanya dibayar RM35 sehari