Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah

Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah
link : Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah

Baca juga


Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah

GEORGE TOWN: Lapan buah keluarga di Jalan Madrasah, Jelutong Pulau Pinang  tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran  kira-kira jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun, kebakaran yang  melibatkan rumah kampung  jenis kayu itu  tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Ismail Md Zain berkata,  pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 4.06 minit dan tiba 10 minit kemudian.

Sebaik tiba pihaknya mendapati, tujuh daripada lapan buah rumah musnah sepenuhnya berikutan api marak dengan cepat ekoran struktur kediaman yang diperbuat daripada kayu.

"Semasa pihak bomba tiba di lokasi kebakaran, sebahagian daripada lima buah rumah itu telah hangus terbakar dan api marak dengan cepat kerana rumah terlalu rapat serta jenis kayu," katanya di sini hari ini.

Kebakaran katanya dapat dikawal pada jam 4.58 petang.

Sementara itu, seorang penghuni, Zaharah Mohd Nor, 67,  berkata kebakaran  berlaku ketika dia sedang  menunggu untuk menunaikan solat Asar sebelum dikejutkan dengan jeritan api oleh jiran.

Dia yang melihat kepulan api dan asap hitam terus berlari untuk menyelamatkan diri dan bersyukur kerana  dia dan empat ahli keluarga lain terselamat dalam kejadian tersebut.

"Waktu tu saya tak  ada buat apa, baru sudah sembahyang. Pukul 4 petang  dekat waktu Asar dengar jeritan ada api. Lepas tu dengar bunyi letupan, makcik pun keluar," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Seorang lagi mangsa, Rahalina Ahmad berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan melipat kain dan terkejut apabila anaknya menjerit memberitahu rumah mereka terbakar.

"Sedang tengok TV sambil lipat kain, asap penuh dan anak panggil turun. Tengok api sedang marak. Barang semua tak dapat selamat," katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Sumber Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah


Demikianlah Artikel Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah

Sekianlah artikel Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga Tengah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: