Judul : Kerajaan Johor akan umum Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa jika JDT menang Piala Malaysia 2017
link : Kerajaan Johor akan umum Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa jika JDT menang Piala Malaysia 2017
Kerajaan Johor akan umum Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa jika JDT menang Piala Malaysia 2017
KOTA ISKANDAR: Kerajaan Johor akan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa di negeri itu jika pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2017.
Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, berkata langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta menghargai kegigihan pasukan Harimau Selatan dalam usaha merangkul piala berprestij itu.
“Pengisytiharan adalah sebagai rakaman ucapan terima kasih kepada pemain serta penyokong yang berjaya membawa pulang kejuaraan itu buat pertama kalinya sejak 25 tahun.
“Ia juga sebagai menghargai sokongan padu rakyat Johor kepada pasukan JDT, sehingga membolehkan pasukan mencipta kejayaan demi kejayaan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Azmi berkata, titah Sultan Johor agar makluman awal diberikan kepada rakyat itu turut menzahirkan keprihatinan Tuanku bagi memudahkan mereka membuat persediaan awal dalam mengurus pekerjaan serta kegiatan harian lain memandangkan Ahad adalah hari bekerja di Johor.
“Saya mengajak semua peminat sukan bola sepak Johor untuk turun beramai-ramai memenuhi Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT.
“Marilah kita tunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi serta semangat kesukanan yang tinggi demi memastikan lakaran sejarah kejayaan pasukan kita dapat direalisasikan pada pertemuan akhir itu,” katanya.
Beliau turut menasihati penyokong untuk saling menghormati sesama peminat bola sepak yang lain.
Sumber: Bharian
Sumber Kerajaan Johor akan umum Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa jika JDT menang Piala Malaysia 2017