Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan

Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan
link : Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan

Baca juga


Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan

Semua guru dinasihatkan supaya tidak cepat melatah berhubung dakwaan jamuan akhir tahun mereka menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak.

Beliau meminta supaya perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi sambil berpandangan pendekatan kesederhanaan adalah lebih baik.

Sehubungan itu katanya, guru-guru jangan mengikut emosi berhubung isu tersebut dan sebaik-sebaiknya memaafkan pihak yang membuat dakwaan.

“Kalau orang (mendakwa) tu memahami, dia tidak akan cakap macam tu. Kalau tidak faham, maka janganlah mencampuri atau dia boleh menghubungi sekolah untuk mendapatkan kesahihan, bukannya membuat fitnah terhadap guru-guru.

“Kita (guru) pual tidak perlulah membesarkan perkara yang tidak memberi kesan kepada masyarakat. Nanti murid akan lihat tingkah laku guru. Sepatutnya kita menjadi contoh dan menjadi rakyat yang berfikiran positif,” katanya kepada mStar Online.

Kamarozaman Abd Razak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada NUTP akan mengambil tindakan terhadap dakwaan bahawa wang yang digunakan guru untuk mengadakan jamuan di hotel menggunakan dana PIBG di sekolah, sehingga tular di media sosial dan membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan guru.

Ditanya sama ada dakwaan berkenaan mencemarkan imej guru, Kamarozaman berkata, ia sekadar pandangan masing-masing tanpa perlu dipertikaikan.

“Kalau siapa yang membuat perkara itu (seperti didakwa), dia akan terasa, tetapi kalau kita tak buat, tak ada masalah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan berkata, tujuan utama dana PIBG adalah untuk kemajuan dan kebajikan para pelajar.

Dakwaan mengenai jamuan akhir tahun guru di hotel, yang tular di media sosial.

Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa terdapat peruntukan khusus untuk kegunaan guru, termasuk mengadakan jamuan akhir tahun mereka.

“Bukanlah maksudnya jumlah keseluruhan perbelanjaan itu tetapi hanya peruntukan kecil yang munasabah, bergantung kepada dana yang ada dalam PIBG di sekolah.

“Malah, ia perlu dibincangkan dan mendapat kelulusan dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG yang sebahagian besarnya dianggotai ibu bapa,” katanya.

Mohd Ali berkata, peruntukan daripada dana PIBG hanyalah sebahagian kecil kerana sumber penganjuran jamuan diperoleh daripada kelab guru dan sumbangan pihak luar.

Beliau menambah, kemajuan dan kebajikan pelajar turut mempunyai kaitan dengan kemajuan dan kebajikan guru kerana gurulah yang membimbing mereka.

“Jadi, saya rasa tidak salah jamuan diadakan sekiranya dibincangkan dan diperhalusi untuk kegiatan-kegiatan berkaitan dengan kebajikan guru.

“Tak salah jamuan di hotel selagi guru turut menggunakan dana kelab guru dan sumbangan lain, serta tidak bermewah-mewah dan perlu secara berhemah,” kata Mohd Ali.

Sumber: Mstar



Sumber Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan


Demikianlah Artikel Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan

Sekianlah artikel Isu guna duit PIBG, NUTP nasihat guru jangan melatah dan maafkan pihat yang membuat dakwaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: