Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!

Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!
link : Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!

Baca juga


Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!

Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!

Model terbaru Benneli Leoncino 500cc yang mampu menarik perhatian ramai untuk memilikinya. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Melihat reka bentuk motor jenis Cafe Racer, pastinya ramai anak muda yang mengidam untuk memilikinya agar penampilan mereka tampak klasik dan bergaya.

Percaya atau tidak? Dengan harga RM6,150 tidak termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebuah motosikal Keeway Cafe Racer 152 bakal menjadi milik anda.

Inilah yang cuba dipromosikan MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MFBHSB) apabila melancarkan empat model jenama motosikal terbaru yang bakal dipasarkan mulai Febuari tahun depan.

Pengurus Besar Operasi MFBHSB, Asri Ahmad berkata, pihaknya begitu optimis dengan pelancaran empat unit model terbaru jenama Benelli Leoncino 500cc, Keeway Patagonian Eagle 250cc, Keeway K-light 202cc dan Keeway Cafe Racer 152cc.

PRESTASI TINGGI, BAJET RENDAH

Motosikal Keeway K-Light 202 tampak eksklusif dan penuh bergaya buat anak muda yang mahu kelihatan rugged dan macho.

Bercerita lanjut motosikal terbaru ini, tarikan utamanya dari aspek teknologi pembuatan setiap motosikal yang amat menarik perhatian kerana ia tampil dengan reka bentuk klasik, bergaya dan berprestasi tinggi.

Malah, jenama motosikal ini amat bersesuaian untuk mereka yang berpendapatan rendah dan sebagai kemudahan dan kegunaan pengangkutan kedua.

Katanya, harga jualan yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding jenama lain yang dipasarkan di Malaysia dimana harga jualan yang ditawarkan adalah Benelli Leoncino 500 (RM27,999), Keeway Patagonian Eagle 250 (RM9,388), Keeway K-Light 202 (RM8,588) dan Keeway Cafe Racer 152 (RM6,150).

"Setiap model yang dilancarkan memiliki ciri-ciri istimewa yang tiada tandingnya berbanding jenama lain yang dipasarkan di Malaysia," katanya ketika ditemui Rojak Daily Skop! baru-baru ini.

Asri berkata, bagi anak muda yang ingin tampil rugged dan bergaya pastinya akan menepati ciri-ciri identiti selain memiliki motosikal berkuasa tinggi.

Tambahnya, bagi Benelli Leoncino 500 tampil reka bentuk yang klasik dan bergaya ketika zaman era tahun 50-an dan 60-an seperti 'easy ride' yang lebih fleksibel, kreatif dan bergaya dengan kuasa enjin dua selinder, empat lejang dan lapan injap.

Motosikal ini juga mempunyai enam kelajuan dan mampu mencecah 8500 putaran per minit (rpm) dengan sistem bahan api menggunakan teknologi suntikan bahan api (EFI) elektronik serta penghidup elektrik dan kotak gear enam kelajuan dengan dua pilihan warna iaitu hitam vulcan dan merah leoncino.

KLASIK SERTA UNIK

Bagi Keeway Patagonian Eagle 250 tampil dengan reka bentuk Chopper dengan dilengkapi selinder berkembar, enjin penyejuk minyak berkuasa 251cc, dua ekzos krom selain dilengkapi pelbagai komponen canggih.

"Begitu juga dengan Keeway K-Light 202 yang tampil dengan reka bentuk klasik dengan beberapa komponen yang unik dengan pelbagai mod termasuk rupa bentuk antik tetapi moden, kejuruteraan yang indah dan selesa.

"Bagi Keeway Cafe Racer 152 tampil dengan kuasa 149 cc dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru malah teknologi yang digunakan juga berkonsepkan retro dan klasik dengan kotak gear lima kelajuan serta teknologi penghidup elektrik dan tendang," katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh berkunjung ke cawangan atau agen berdaftar Benneli di seluruh negara.



Sumber Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!


Demikianlah Artikel Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah!

Sekianlah artikel Ini Motosikal Mampu Milik Untuk Anda Berpendapatan Rendah! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: