Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni

Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni
link : Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni

Baca juga


Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyifatkan Bajet 2018 adalah yang terbaik pernah diperkenalkan di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, sepanjang menjadi Menteri Kewangan dari 2009 hingga 2016, beliau berpandangan bajet kali ini terbaik kerana ia menyeluruh (holistik).

Katanya, beliau melihat kerajaan mempunyai rancangan yang jelas untuk menstruktur ekonomi dalam suasana gelombang ekonomi yang semakin mencabar dan persaingan begitu tinggi.

"Ini adalah bajet holistik, satu yang kita perlu buat untuk menstruktur semula ekonomi kita, apa yang perlu di struktur? Kita buat bajet dengan menyediakan ruang dan peluang supaya pihak swasta membangun dengan lebih hebat menerusi insentif cukai dan peruntukan.

"Kita perlu mentransformasi ekonomi. Kita tidak boleh duduk dalam ruang sekarang. Sebab itu kerajaan memberi pelbagai insentif cukai dan peruntukan, supaya dapat menukar ekonomi sekarang kepada ekonomi digital, automasi dan kreativiti," katanya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli dewan dilihat memberikan tumpuan penuh ketika Ahmad Husni berbahas.

Sepanjang perbahasan lebih 20 minit itu hanya seorang ahli Parlimen yang mencelah meminta penjelasan perbahasannya.

Ahmad Husni berkata, insentif yang diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu kerana industri itu menyumbang enam juta pekerja dengan hasil 27 peratus kepada pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata, Malaysia perlu menukarkan rantaian perbekalan dalam bentuk yang lebih besar dan tidak lagi di peringkat bawahan kerana dunia sudah menumpukan kepada aspek berkenaan.

Menyentuh mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) katanya, masalah kenaikan harga bukan disebabkan cukai itu.

Katanya, kajian Bank Negara mendapati kenaikan harga barang disebabkan peningkatan harga barang di peringkat perbekalan selain kesan tiadanya kenaikan gaji pekerja.

"Bajet dalam rangka tranformasi ini mahu menaikkan gaji pekerja walaupun kenaikan harga barang di pasaran terus tinggi.

"Saya percaya dengan bajet ini dalam tempoh lima hingga 10 tahun gaji pekerja akan naik lebih tinggi dan pada masa itu kenaikan harga barang bukan menjadi masalah besar kepada rakyat kita nanti," katanya.

Turut disentuh dalam perbahasan itu mengenai yuran persekolahan yang mana katanya perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana mana-mana negara yang mendakwa melaksanakan perkara itu sebenarnya meminta pembayar cukai membayar kos berkenaan.

"Tiada negara sebenarnya mampu memberikan yuran pendidikan percuma. Negara yang memberi yuran percuma seperti Jerman; Perancis; Norway; Denmark; Sweden; Finland; dan Austria sebenarnya cukai itu dibayar oleh individu, kerana cukai individu mereka antara 38.5 dan 57.1 peratus.

Beliau turut menegur sikap pembangkang yang hanya tahu menghina bajet kerajaan tanpa memberikan cadangan yang lebih baik yang disifatkan sebagai tindakan yang tidak matang.

"Matanglah sikit kerana kita semua mahu negara ini membangun dan maju. Saya lihat kita di dewan ini perbincangannya emosional. Sepatutnya bila tidak setuju dengan pelan kerajaan mereka kena kemukakan pelan yang meyakinkan mampu mengatasi pelan kerajaan buat," katanya

Mengenai dakwaan Pulau Pinang boleh maju walaupun tiada pelan transformasi, katanya pembangunan sesebuah negeri tidak akan menjadi positif jika persekitarannya tidak positif.

"Pembangunan yang baik di Pulau Pinang dan Selangor kerana persekitaran ekonomi negara yang positif, " katanya.



Sumber Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni


Demikianlah Artikel Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni

Sekianlah artikel Bajet 2018 terbaik pernah diperkenalkan - Ahmad Husni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: