Judul : Anak Cedera, Harris Baba Saman Butik Terkenal
link : Anak Cedera, Harris Baba Saman Butik Terkenal
Anak Cedera, Harris Baba Saman Butik Terkenal
Penyanyi dan pelakon Harris Baba nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah butik terkenal antarabangsa selepas anaknya cedera terkena penutup lampu siling yang jatuh di butik berkenaan.Harris Baba memuat naik gambar kecederaan yang dialami anaknya, Aleena Ziya di laman sosial Instagram.
Akibat kejadian tersebut, anak Harris Baba, Aleena Ziya yang berusia sembilan bulan melecur di muka dan tangan.
“Sepatutnya sebuah butik antarabangsa mengambil berat keadaan butik mereka. Bayangkan jika bekas lampu itu terkena bahagian mata anak saya, mungkin perkara lebih teruk akan terjadi.
“Saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 27, juga memberitahu, akibat daripada kejadian tersebut, anaknya bukan sahaja melecur tahap dua malah dia dan isterinya juga berada dalam keadaan trauma.
“Ketika kejadian anak saya menangis tidak berhenti-henti sehingga menyebabkan dia susah bernafas. Saya dan isteri terpaksa berkejar ke tiga buah hospital untuk mendapatkan pakar kulit untuk melihat keadaan anak saya.
“Lebih menyedihkan, isteri saya berada di Kuala Lumpur untuk memberi kejutan kepada saya sebab saya baru pulang dari Dubai selepas selesai penggambaran. Akhirnya kejadian begini berlaku... saya sangat kecewa,” katanya
Sumber Anak Cedera, Harris Baba Saman Butik Terkenal