Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya

Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya
link : Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya

Baca juga


Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya

 Nahas dua bas dan van kilang yang membawa kira-kira 40 penumpang di KM147 Plus menghala berdekatan Plaza Tol Juru awal pagi tadi. — Foto ihsan Facebook/Sosej Sambal

”Saya nampak banyak mayat dan mangsa kemalangan bergelimpangan di tepi lebuh raya sebaik turun dari bas,” kata seorang mangsa nahas bas kilang di kilometre 147 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Nor Shakirah Ishak, 40, berkata namun apa yang paling meruntun jiwanya ialah rakan sekerja yang paling rapat dengannya, Noriah Kasa, 40, turut maut dalam kejadian itu, namun tidak terpelanting keluar seperti mangsa lain.

“Saya sedang tidur (dalam bas) sebelum terdengar dentuman kuat dan pemandu bas mengarahkan kami semua turun segera daripada bas melalui pintu belakang,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Seberang Jaya di sini.

Nor Shakirah, yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas berkata kejadian pada pukul 6 pagi itu berlaku terlalu pantas apabila bas dinaikinya yang dalam perjalanan dari Parit Buntar ke tempat kerja, tiba-tiba melanggar sebuah bas kilang pekerja di hadapannya.

“Bas kami tidaklah laju sangat namun bas di hadapan rosak dan berhenti di tepi jalan…mungkin sebab bas depan tak pasang lampu menyebabkan pemandu bas kami tak perasan kehadiran bas itu,” katanya yang hanya cedera ringan di muka dan kaki.

Dia yang tidak dapat menahan sedih, berkata rakannya yang meninggal itu adalah teman baiknya sejak dia bekerja di kilang itu tujuh tahun lepas.

“Selalunya dia lebih suka duduk di bahagian tepi berdekatan pemandu tapi kali ini dia tiba-tiba duduk di hadapan saya,” katanya dan menambah ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 pekerja kilang yang turut menaiki bas itu.

Seorang lagi mangsa dari bas yang sama, Nur Hidayah Sulaiman, 37, berkata semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang tidur dan tiba-tiba terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum masing-masing menjerit ketakutan kerana bimbang bas dinaiki terbalik.

“Saya duduk di bahagian belakang…selepas melanggar bahagian belakang sebuah bas di kiri lebuh raya itu, bas bergegar dan terhoyong-hayang sebelum ke arah kanan jalan, ada penumpang yang terpelanting dalam bas.

Keadaan waktu itu kelam kabut dan semua menjerit kerana takut dan cemas. Sebaik turun dari bas saya nampak banyak mayat bergelimpangan dan mangsa yang cedera,” katanya.

Beliau yang bekerja di kilang itu sejak 10 tahun lepas hanya luka dan lebam di tangan, kepala dan badan serta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya.—Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya


Demikianlah Artikel Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya

Sekianlah artikel Saksi: Mayat, mangsa gelimpangan tepi lebuh raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :