Judul : “Penghargaan Ini Mewakili Insan Seni Lainnya” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
link : “Penghargaan Ini Mewakili Insan Seni Lainnya” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
“Penghargaan Ini Mewakili Insan Seni Lainnya” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Rezeki Dato' Sri Siti Nurhaliza mencurah-curah. (Pic: Siti Nurhaliza Production)
Datuk Siti Nurhaliza terus-terusan dilihat mendakap bahagia dengan kejayaan indah dan membanggakan saat mengumumkan kehamilannya yang mencecah usia empat bulan pada 13 Oktober lalu.
Sehari selepas itu saja, beliau diumumkan sebagai pemenang kategori Duo Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura menerusi lagu Digarhayu duet bersama Faizal Tahir.
Malam esoknya pula, di Anugerah Silet 2017 di Jakarta, lagu duet Seluruh Cinta bersama Cakra diumumkan pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet menerusi drama Cahaya Hati yang disiarkan di Indonesia.
Hari ini, rezekinya datang lagi selepas diumumkan sebagai penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Siti menjadi antara 101 penerima darjah kebesaran sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di Pahang.
Istiadat pengurniaan disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Pertama sekali saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang. Sebagai rakyat Pahang, ini merupakan satu penghormatan kepada saya.
“Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.
“Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya,” katanya.
Tutur Siti lagi, ini juga adalah rezekinya dan juga bayi di dalam kandungan.
“Rezeki datang dalam pelbagai cara yang berbeza.
“Sekali lagi saya menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Pahang, semoga Tuanku dilanjutkan usia dan terus dapat memerintah negeri ini sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Tuanku,” katanya.
Selain Siti, selebriti yang turut mendapat gelaran sama sepertinya Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Maria Menado.
Tak ketinggalan, Adi Putra yang menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan pereka fesyen, Jovian Mandangie yang dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.
Sumber “Penghargaan Ini Mewakili Insan Seni Lainnya” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza