Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera?

Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera?
link : Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera?

Baca juga


Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera?

Pakar ekonomi Singapura, Tham Siew Yean berkata, strategi sumber global yang diamalkan Geely mungkin menjejaskan pembekal Bumiputera dan bukan Bumiputera yang membekalkan komponen dan alat ganti kepada Proton.

tham-geely-1PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mempersoalkan jika pengambilalihan Proton oleh Zhejiang Geely Holding Group akan menamatkan dasar mengutamakan Bumiputera dalam pasaran kereta tempatan.

“Untuk Proton, lonjakan ke pasaran global memerlukannya mengikut strategi sumber global yang membezakan semua syarikat kereta global.

“Ini mungkin menjadi penamat kepada vendor Bumiputera dan bukan Bumiputera yang membekalkan alat ganti dan komponen kepada Proton,” kata Prof Dr Tham Siew Yean merujuk dasar sumber tempatan yang digunakan sejak 4 dekad lalu.

Felo kanan Institut Iseas-Yusof Ishak di Singapura itu berkata, Proton perlu belajar daripada pengeluar kereta China lain seperti Chery yang menembusi pasaran Malaysia beberapa tahun lalu.

“Daripada pengalaman operasi Chery di Malaysia, kita tahu hanya sedikit penyetempatan berlaku.

“Sebaliknya, alat ganti dan komponen kereta yang dipasang di sini kebanyakannya diimport dari China.”

Katanya, ia bukan perkara baharu kerana amalan itu sama seperti pelaburan China lain di Malaysia yang menggunakan input, teknologi dan bakat diimport dari negara itu untuk pengeluaran tempatan.

“Pengalaman syarikat itu menunjukkan skala, kelajuan dan kos paling penting untuk firma China, manakala penyesuaian kepada keperluan dan budaya tempatan ialah kepentingan sekunder.”

Tham bagaimanapun yakin Geely mampu melakukan perkara yang gagal dilakukan rakan kongsi Proton sebelum ini.

“Geely berada di kedudukan baik untuk membawa teknologi baharu kepada Proton kerana pengambilalihan Volvo pada 2010 membolehkannya menggunakan kelebihan penyelidikan dan pembangunan untuk menjadi pengeluar kereta ke-7 besar dalam pasaran kereta China yang sangat kompetitif.

“Pengambilalihan 51% kepentingan Lotus daripada Proton membolehkannya menggabungkan teknologi Volvo dan Lotus untuk pembangunan baharu.”

Katanya, Geely juga akan menyediakan pasaran lebih luas yang diperlukan Proton untuk bersaing dalam pasaran global.

Beliau berkata, Geely dilaporka menjual 1.3 juta unit kereta di seluruh dunia pada 2016, mengendalikan 16 kemudahan pengeluaran, 7 studio rekaan serta 5 pusat penyelidikan dan pembangunan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera?


Demikianlah Artikel Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera?

Sekianlah artikel Peranan Geely dalam Proton akan jejas vendor Bumiputera? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :