Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya

Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya
link : Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya

Baca juga


Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya

Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa usahawan desa untuk memiliki tiga ciri-ciri keusahawanan yang berjaya bagi menghadapi landskap ekonomi baharu. ― Foto BernamaDatuk Seri Najib Tun Razak menggesa usahawan desa untuk memiliki tiga ciri-ciri keusahawanan yang berjaya bagi menghadapi landskap ekonomi baharu. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 20 Okt ― Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa usahawan desa untuk memiliki tiga ciri-ciri keusahawanan yang berjaya bagi menghadapi landskap ekonomi baharu.

Beliau berkata tiga ciri-ciri tersebut adalah memperhebatkan kreativiti dan inovasi, mengoptimumkan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan serta mempertingkat daya saing dan memperkukuh daya tahan, dalam mengharungi landskap ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.

“Dalam usaha kita menakluk landskap ekonomi baharu ini, para usahawan desa hendaklah memiliki ‘DNA’ keusahawanan desa TN50 (Transformasi Nasional 2050) yang berjaya,” katanya semasa merasmikan Karnival Usahawan Desa 2017 (KUD), di sini, hari ini.

Najib berkata daripada ketiga-tiga ciri itu kreativiti dan inovasi merupakan ‘DNA’ yang paling mustahak untuk  usahawan terus kekal relevan dan bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif manakala daya saing dan daya tahan penting untuk membawa mereka ke mercu kejayaan. 

“Daya saing dan daya tahan ini jugalah sebenarnya merupakan kayu ukur membezakan kemampuan di sebalik setiap kejatuhan dan kebangkitan yang dihadapi oleh seorang usahawan sejati,” katanya.

Sementara itu, katanya, landskap ekonomi digital pula memungkinkan usahawan desa menjadi lebih kompetitif dan berupaya menakluk pasaran baharu yang belum diterokai.

Perdana Menteri turut menggesa usahawan untuk mengambil segala ruang dan peluang memperluas jaringan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pasaran  serantau dalam lingkungan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan seterusnya ke peringkat global.

Mengenai KUD, Najib berkata, karnival yang dianjurkan secara dwitahunan sejak 2006 itu telah memberi impak dan kesan rantaian kepada pembangunan agenda keusahawanan di peringkat akar umbi.

Menurutnya,  edisi tahun ini yang dianjurkan dengan tema “Usahawan Desa, Produk Global” dijangka mencatatkan jualan melebihi RM3 juta dan nilai tempahan sebanyak RM10.5 juta.

Seramai 700 usahawan menyertai karnival tersebut, peningkatan berbanding 650 usahawan pada edisi sebelum ini. ― Bernama



Sumber Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya


Demikianlah Artikel Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya

Sekianlah artikel Najib: Tiga ciri jadi usahawan desa berjaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :