Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex

Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex
link : Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex

Baca juga


Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex

Siapa yang tidak kenal jam tangan jenama Rolex? Walaupun tidak memilikinya, namun hampir semua orang mengenali jenama mewah ini.

Terkategori sebagai antara jenama yang kuat dan dikenali di seluruh dunia, Rolex adalah hasil kerja pertukangan halus yang bermutu tinggi.

Syarikat Rolex sangat berahsia mengenai cara mereka beroperasi berbanding dengan syarikat-syarikat lain.

Jenama Rolex adalah jenama global yang sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Mereka beroperasi di sebuah bangunan yang berhampiran dengan Istana Buckingham.

#1-Sejarah Pengasas Sebenar Rolex.

Image result for rolex founder

Pengasas Rolex adalah seorang lelaki yang bernama Hans Wilsdorf. Lelaki ini telah mengembangkan syarikatnya sendiri sehinggalah nafasnya yang terakhir.

Selepas kematian beliau, syarikat ini menjalankan operasi seperti biasa dan kini menjadi jenama jam mewah nombor satu dunia.

Hans Eberhard Wilhelm Wilsdorf merupakan seorang pemuda kelahiran Jerman. Dilahirkan pada tahun 1881, dia sememangnya ditakdirkan untuk menceburi bidang bisnes.

Pengalamannya yang pertama adalah dengan bisnes kedai perkakas yang diusahakan oleh keluarganya.

Wilsdorf telah kehilangan kedua ibu-bapanya ketika dia berusia 12 tahun. Dia dan adik-beradik yang lain telah dijaga oleh saudara-mara mereka.

Perusahaan keluarga mereka juga telah dijual dan hasil jualan itu diletakkan di dalam dana ‘Wilsdorf Trust’.

Setelah kematian kedua orang tuanya, dia memasuki sekolah asrama di Coburg.

Setelah tamat belajar, dia bekerja di Switzerland dalam bidang barang kemas dan perhiasan.

Syarikat tempat beliau bekerja merupakan syarikat pengedar mutiara dan daripada situ dia belajar mengenai industri perdagangan dunia.

Dia kemudian bekerja di syarikat pengeksport jam iaitu Cuno Korten.

Tanpa ada pengalaman dalam industri jam, dia bekerja sebagai seorang penterjemah dan dari sinilah dia mendapat idea untuk membuka syarikat jam pada suatu hari nanti.

Syarikat tersebut membeli komponen jam dari negara-negara luar seperti Jerman, Perancis, dan Switzerland.

Dia berhasil mendapatkan 3 orang pembuat jam untuk membuat 3 jam poket yang eksklusif untuk syarikat mereka.

Ketiga-tiga jam ini terjual dengan cepatnya dan ini membuatkan bosnya gembira.

#2-Bagaimana Syarikat Rolex Ditubuhkan.

Related image

Pada tahun 1903, dia berpindah ke London dan mula bekerja dalam industri jam Barat.

Dia bertemu dengan Alfred James Davis dan bersamanya dia membuka syarikat jamnya sendiri pada usia 24 tahun.

Wilsdorf mempunyai pengalaman membuat jam manakala rakan niaganya pula tiada kepakaran dalam membuat jam namun memiliki sumber kewangan yang baik.

Oleh itu, mereka bergabung wang dan tenaga bagi menjayakan syarikat ini. Setiap rekaan jam keluaran mereka pada awalnya dilabel dengan simbol W&D.

Kedua-dua mereka kemudian memutuskan untuk menamakan syarikat mereka, Rolex.

Mereka percaya nama yang ringkas akan mudah diingati oleh orang ramai dan senang untuk disebut dalam pelbagai jenis bahasa.

Jam tangan mula terkenal pada tahun 1912. Ternyata, kesempurnaan adalah satu perkataan yang sukar diterjemahkan dan dilihat namun Rolex adalah jenama yang menepati ciri yang eksklusif ini.

Pasukan Rolex telah bekerja keras dengan penuh minat dan dedikasi berserta dengan strategi pemasaran yang sangat berkesan.

#3-Pencapaian Jenama Rolex Di Peringkat Global.

Image result for rolex founder

Rolex telah dianugerahkan sebagai jam tangan kronometer pertama di dunia yang menepati piawaian,

Bermula sejak tahun 70-an sehingga kini, jenama mewah global ini semakin kukuh dan berinovasi dengan kualiti.

Jika dahulu ia dibuat dengan tangan secara tradisional dan eksklusif, kini mereka telah berubah seiring teknologi dengan menggunakan mesin yang canggih.

Dikatakan, mereka menghasilkan 2000 unit jam setiap hari untuk memenuhi permintaan pasaran dari seluruh dunia.

Pengasas Rolex berjaya menghasilkan jam mewah yang menjadi dambaan golongan bangsawan dan hartawan meskipun dia bukanlah berasal daripada keluarga yang senang.

Yang penting adalah ilmu, usaha dan minat. Dengan elemen-elemen ini, syarikat Rolex masih berdiri teguh hingga ke hari ini walaupun tanpa kehadiran pengasasnya.

Dianggarkan, mereka membuat keuntungan kira-kira lebih daripada 7 billion setiap tahun.

Image result for rolex founder



Sumber Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex


Demikianlah Artikel Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex

Sekianlah artikel Kisah Kejayaan Jam Tangan Mewah Rolex kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :