Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya....

Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya.... - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya....
link : Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya....

Baca juga


Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya....



“Teringin nak makan tauhu begedil yang viral tu. Orang cakap sedap, tapi aku sampai hari ni tak pernah rasa. Tak nampak pulak orang yang jual benda tu dekat area ni.”

Akhir-akhir ni memang popular betul tauhu begedil. Kalau dulu orang selalu buat tauhu sumbat, tapi yang ni lain sikit. Tauhu begedil   menggunakan tauhu kering dan intinya pula seakan-akan begedil (kentang lenyek yang dimasak bersama isi ayam atau daging).

Rata-rata, ramai yang dah cuba memang kata sedap. Bayangkan sajalah, bila digigit tu rasa rangup di luar, bila dikunyah pula empuk dan lembut di dalam. Makin syok pula bila dicicah dengan sos yang sedap. Memang ‘power’, sebab tulah agaknya sampai viral satu Malaysia.

Apapun, bagi yang susah nak jumpa tauhu begedil ni dan tak tahu nak beli di mana, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Mudah saja sebenarnya. Ini resepi perkongsian Puan Norzieana Mior Norahan. Katanya, first time cuba terus menjadi. Alhamdulillah… Memang senyum sampai ke telinga!


MUDAHNYA, INI RESEPI TAUHU BEGEDIL YANG LAKU KERAS. SOS PUN ‘POWER’

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara buat tauhu begedil di bawah ini.

BAHAN TAUHU BERGEDIL
1 bungkus besar tauhu kering
3 biji kentang (rebus & lenyek)
1 cawan isi ayam dikisar
1 tin cendawan butang dicincang
10 ekor udang dicincang
1 biji cili merah besar dicincang
3 biji bawang merah digoreng
daun bawang & daun sup
serbuk lada putih & hitam secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN CELUP TAUHU
3 biji telur
garam secukup rasa

CARA-CARA
1. REBUS & LENYEK KENTANG
Mula-mula rebus kentang sehingga masak. Kemudian lenyekkan macam kita nak buat begedil.



2. BUAT INTI BEGEDIL
Isi ayam dimasak sebentar hingga airnya kering. Kemudian campurkan dengan semua bahan di atas dan gaulkan bersama kentang yang dah dilenyek tadi. Boleh perasakan ikut citarasa masing-masing.

3. ISI DALAM TAUHU
Seterusnya ambil tauhu kering dan guntingkan di atasnya.

Keluarkan isinya. Tapi jangan membazir pula, ambil isi ini dan masukkan bersama bahan inti tadi.

Kemudian sumbatkan semula inti ke dalam tauhu.



4. GORENG
Sebelum gorengkan tauhu begedil, celupkan dengan telur supaya kulitnya lebih rangup dan isinya pula tak tertanggal. Rasanya pun lagi sedap.

Bahan Celup Tauhu

3 biji telur
garam secukup rasa
Caranya, kocak telur dan garam. Kemudian celupkan tauhu yang dah disumbat dengan begedil. Sambil tu panaskan minyak dalam kuali dan terus goreng hingga kekuningan.



5. BUAT SOS
Tak lengkaplah tauhu begedil kalau tak ada sos yang power kan? Jom kita tengok cara membuat sosnya pula.

Bahan Sos Cicah

6 tangkai cili kering digoreng & blend
4 tangkai cili padi siam digoreng & blend
2 ulas bawang putih
2 sudu gula perang
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
sedikit tepung gandum @ tepung kentang yang dibancuh air
Caranya mudah saja, masak kesemua bahan hingga pekat. Lepas tu macam biasa, perasakan ikut citarasa masing-masing.

SEDAPNYA!
Beginilah hasilnya tauhu begedil yang viral tu. Mudah rupanya nak buat sendiri di rumah.



Jadi lepas ini tak payah susah-susah nak cari tauhu begedil lagi. Boleh makan puas-puas satu famili. Sesuai sangat untuk minum petang. Bahannya simple, cara buat pun senang kan? Rugi tak cuba tau!



*Resepi tauhu begedil ini disumbangkan oleh Puan Norzieana Mior Norahan menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

Artikel diambil dari blog https://ift.tt/2QLPT0H

Sumber Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya....


Demikianlah Artikel Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya....

Sekianlah artikel Mudahnya Nak Sediakan, Ini Resepi Tauhu Begedil Yang Laku Keras. Sos Pun ‘Power’, Dijamin Ramai Yang Akan Terpikat Dengan Kesedapannya.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: