Judul : Berat badan fazura naik, Fattah Amin nekad larang isteri masuk dapur
link : Berat badan fazura naik, Fattah Amin nekad larang isteri masuk dapur
Berat badan fazura naik, Fattah Amin nekad larang isteri masuk dapur
Pelakon, Fattah Amin mengakui, terpaksa melarang isterinya, Nur Fazura masuk dapur dan menyediakan hidangan malam sejak beberapa bulan lalu kerana mahu mengamalkan gaya pemakanan sihat.
Katanya, peningkatan berat badan yang ketara sejak mendirikan rumah tangga memaksanya segera bertindak untuk mendapatkan kembali susuk tubuh seperti zaman bujang.
“Isteri memang rajin memasak dan air tangannya sangat enak. Jika ada yang perasan, memang saiz tubuh saya berubah kerana isteri selalu menyediakan hidangan yang menyelerakan.
“Ia bukan bermakna saya terlalu obses untuk kurus, sebaliknya lebih kepada menjaga kesihatan. Selain itu, saya juga selalu bersenam, menjaga pengambilan makanan dan elakkan diri daripada makan malam selepas jam 6 petang.
“Saya yang tidak galakkan isteri masuk dapur, malah sering mengajaknya ke gimnasium untuk mengelakkan saya terbabas makan,” katanya selepas sesi memperkenalkannya sebagai duta kereta SUV Crossover kompak, Toyota C-HR, di sini hari ini.
FATTAH kawal pemakanan untuk elak berat badan meningkat. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu memaklumkan, dia dapat merasai perbezaan dari segi stamina selepas mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Sementara itu, mengulas mengenai pujian ramai terhadap single terbarunya, Isterimewa yang dikatakan menyerlahkan vokalnya, Fattah mengakui, semua itu hasil usahanya belajar secara berterusan.
Walaupun sibuk memenuhi jadual kerja dan tugasan harian, dia tetap cuba mencari masa memantapkan vokal termasuk meneruskan latihan bersama guru vokal, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi.
“Sudah lama saya berguru dengan Cikgu Shafi. Hasilnya tidak nampak dalam masa singkat, sebaliknya ia memerlukan kesabaran dan kesungguhan.
“Syukur apabila ramai menerima lagu baharu saya. Pujian mereka menguatkan semangat saya untuk terus memberikan hasil terbaik,” katanya.
Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 28, itu juga menegaskan, dia tidak melihat kritikan yang pernah dilemparkan terhadap kemampuannya sebelum ini sebagai pemusnah kerjaya.
Dia berkata, sokongan penuh isteri dan peminat setia membuatkan dia menerima segala komen itu dari sudut positif.
“Kehadiran isteri yang sentiasa positif turut menyalurkan aura yang sama dalam diri, malah membuka mata saya untuk sentiasa melihat sesuatu dari perspektif berbeza,” katanya.
Artikel diambil dari https://ift.tt/2IQNkaL
Sumber Berat badan fazura naik, Fattah Amin nekad larang isteri masuk dapur
Demikianlah Artikel Berat badan fazura naik, Fattah Amin nekad larang isteri masuk dapur
Sekianlah artikel Berat badan fazura naik, Fattah Amin nekad larang isteri masuk dapur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.