Judul : The Rock Kongsi Rasa Bahagia Dengan 'Buah Hati' Baru
link : The Rock Kongsi Rasa Bahagia Dengan 'Buah Hati' Baru
The Rock Kongsi Rasa Bahagia Dengan 'Buah Hati' Baru
Aktor Dwayne Johnson aka The Rock dan teman wanitanya, Lauren Hashian baru saja menimang cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan yang lahir pada 17 April lalu.Khabar gembira tersebut di kongsikan The Rock sendiri menerusi akaun Instagram miliknya, kelmarin. Dia memuat naik foto menunjukkan 'buah hati; barunya itu berada di dakapannya.
Berdasarkan kapsyen, puteri ketiganya itu diberi nama Tiana Gia Johnson.
"Bahagia sekaligus bangga dapat membawa seorang gadis yang kuat ke dunia ini.
"Tiana Gia Johnson hadir ke dunia ini seperti kekuatan alam dan Mama @laurenhashianofficial bekerja keras untuk melahirkannya seperti seorang rockstar sejati," tulisnya.
..
Pelakon filem Rampage itu juga memberitahu dia sendiri menyaksikan proses kelahiran puterinya dan berasa begitu terharu serta mengungkapkan rasa kagumnya pada para wanita.
Bintang berusia 45 tahun itu juga berpesan kepada para lelaki yang akan menjadi ayah, agar menemani pasangan mereka ketika proses melahirkan.
"Setelah menemani kelahiran bayi Tia, sulit mengungkapkan besarnya cinta, hormat, dan rasa kagumku untuk @laurenhashianofficial dan semua ibu serta perempuan di luar sana.
"Beradalah di sisi wanitamu saat dia melahirkan, sokonglah dia sedaya upaya kamu. Genggam tangannya, pahanya, atau apa pun yang kamu boleh," katanya lagi.
The Rock juga berkata, dia akan selalu mencintai, dan melindungi buah hatinya serta berjanji akan menjadi ayah yang selalu boleh dibanggakan.
Tiana merupakan anak kedua Dwayne bersama Lauren Hashian. Anak pertama mereka, Jasmine Johnson yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, The Rock mempunyai seorang ana perempuan dengan perkahwinan dengan bekas isterinya, Dany Garcia pada tahun 2001. Puteri pertamnya yang bernama Simone Alexandra Johnson berusia 16 tahun itu kini tinggal bersama ibunya.
Sumber The Rock Kongsi Rasa Bahagia Dengan 'Buah Hati' Baru