Judul : Taylor Swift Ada Kaitan Dengan Kes Tembakan di Nashville?
link : Taylor Swift Ada Kaitan Dengan Kes Tembakan di Nashville?
Taylor Swift Ada Kaitan Dengan Kes Tembakan di Nashville?
Kecoh mengenai nama Taylor Swift dikaitkan dengan kes tembakan di restoran Waffle House, Nashville, Tennessee hujung minggu lalu.Suspek kes tersebut yang dikenali sebagai Travis Reinking mendakwa pelantun lagu End Game tersebut telah mengintipnya. Sebelum itu, Travis mendawa Taylor menggodam akaun Netflix miliknya.
Pada 22 April lalu, laporan media antarabangsa menyebut Travis telah menembak empat orang awam dengan menggunakan senapan semi-otomatis AR-15. Senapang tersebut merupakan senjata kontroversial yang biasa digunakan oleh para penembak massal di Amerika Syarikat.
Sebelum ditangkap, Travis dilaporkan dalam keadaan telanjang ketika dia melepaskan tembakan di restoran tersebut dan kemudian melarikan diri.
..
Berdasarkan hasil siasatan pihak polis di Illinois, pemuda berusia 29 tahun itu tinggal di Illinois kemudian pindah ke Nashville. Menurut saudaranya, dia mengalami delusi sejak tahun 2014.
Pada tahun 2016, Travis pernah mengaku bahawa dia telah diintip oleh Taylor dan mengatakan penyanyi tersebut mengajaknya bertemu di Dairy Queen. Namun salah satu pejabat di Illinois mengatakan bahwa Travis mengalami gangguan mental.
"Ada bukti dia mengalami beberapa masalah kesihatan mental," ujar wakil Illinois.
Sumber Taylor Swift Ada Kaitan Dengan Kes Tembakan di Nashville?