Rezeki melimpah lepas kahwin

Rezeki melimpah lepas kahwin - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Rezeki melimpah lepas kahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki melimpah lepas kahwin
link : Rezeki melimpah lepas kahwin

Baca juga


Rezeki melimpah lepas kahwin

SELEBRITI asal Kuala Lumpur ini mula terlibat dalam dunia hiburan semenjak usia 16 tahun lagi.  Namun pada ketika itu, populariti tidak begitu menyebelahinya sehinggalah dia berkahwin dan bergelar bapa, namanya mula melonjak naik.

Bukan hanya dalam kerjaya nyanyiannya, tetapi juga pengacaraan dan lakonan.

“Alhamdulillah Allah beri saya rezeki lebih selepas berkahwin dan saya percaya apa juga yang saya miliki hari ini adalah rezeki anak-anak.

“Sebelum ini ketika di awal-awal kerjaya, saya pernah terfikir kenapa orang lain senang saja nak popular dan nasib saya tak macam mereka sedangkan saya pun mempunyai bakat dalam nyanyian dan lakonan.

“Rupa-rupanya ALLAH nak beri rezeki lewat sedikit dan saya peroleh selepas sudah berkeluarga. Walaupun lambat sedikit nak berada di puncak, namun saya tak pernah menyerah kalah dan bersungguh-sungguh dalam memberi komitmen terhadap kerjaya seni saya sehingga ke hari ini,” ujar bapa kepada Alisha Anugerah, 2, dan Ariana Mecca, 10 bulan.

Biarpun terlebih dahulu dikenali menerusi nyanyian, tidak dinafikan penglibatan Alif dalam bidang lakonan juga berjaya menarik perhatian ramai peminatnya sehingga setiap drama lakonannya menjadi trending.

Bermula dengan drama Dia Semanis Honey menerusi gandingannya bersama penyanyi Siti Nordiana, Alif terus menjadi antara hero kegemaran ramai.

“Saya bersyukur akhirnya orang nampak bakat saya dalam lakonan. Selepas drama Dia Semanis Honey, saya didatangi dengan pelbagai tawaran berlakon seperti Hikayat Si Pematah Hati, Pajeri Nenas, Red Velvet, termasuk Pengantin Musim Salju yang sekali lagi menyaksikan gandingan saya bersama Siti Nordiana.

“Lakonan semestinya memberikan saya pengalaman yang berbeza, namun apa pun kerja yang saya lakukan baik untuk nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan, saya pastinya akan meletakkan komitmen seratus-peratus demi hasil yang terbaik.

“Saya rasa seronok apabila peminat memberi sokongan dan maklum balas yang cukup positif sekali gus membuatkan saya rasa berbaloi untuk segala yang diusahakan selama ini,” akui Alif jujur.



Sumber Rezeki melimpah lepas kahwin


Demikianlah Artikel Rezeki melimpah lepas kahwin

Sekianlah artikel Rezeki melimpah lepas kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.