‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk

‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang ‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk
link : ‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk

Baca juga


‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk

Ibrahim Mat Zin (tengah) sewaktu upacara mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di lapangan terbang KLIA, 12 Mac 2014. — Foto ReutersIbrahim Mat Zin (tengah) sewaktu upacara mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di lapangan terbang KLIA, 12 Mac 2014. — Foto ReutersIPOH, 17 April — ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ibrahim, 68, mengumumkan hasratnya bertanding merebut kerusi itu, yang disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam sidang media di sini, hari ini.

Pengasas dan Presiden Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia  (PSSGGM) itu berkata beliau membuat keputusan memilih kerusi Parlimen berkenaan kerana mempunyai kenalan ramai di sana terutamanya anak-anak murid silatnya yang meminta beliau bertanding.

“Keputusan bertanding di kerusi ini juga dibuat setelah saya menerima banyak rungutan dari rakyat di sana mengenai kos sara hidup yang tinggi. Insya-Allah, jika diberi peluang saya boleh membantu mereka,” katanya.

Beliau turut berjanji menyerahkan kesemua gaji bulanannya sebagai Anggota Parlimen bagi membantu penduduk di Bagan Datuk sekiranya memenangi kerusi itu pada PRU14 nanti.

Pada PRU13, Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

Sebelum ini, Ibrahim pernah beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan ritual bersama-sama para pengikutnya seperti membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Pada 25 April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Sementara itu, pada majlis yang sama, seorang lagi calon bebas, Leman Kanaullah, 55, yang merupakan Timbalan Presiden PSSGGM turut mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei, penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei pengundian awal.

Pada PRU13, Barisan Nasional menang 31 daripada 59 kerusi DUN Perak, DAP 18 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi.

Setakat ini, PKR akan bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 DUN manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak bakal bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 DUN pada PRU14. — Bernama



Sumber ‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk


Demikianlah Artikel ‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk

Sekianlah artikel ‘Raja bomoh’ mahu cabar Zahid di Bagan Datuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.