62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban

62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban
link : 62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban

Baca juga


62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban

Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan Lew Kok Chan (kiri) melawat beberapa pesakit di klinik kesihatan Mantin, 6 April 2018. — Foto ihsan Facebook/Leaw Kok ChanKetua Pemuda MCA Negeri Sembilan Lew Kok Chan (kiri) melawat beberapa pesakit di klinik kesihatan Mantin, 6 April 2018. — Foto ihsan Facebook/Leaw Kok ChanSEREMBAN, 6 April — Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengenal pasti tiga lokasi serangan ulat bulu di kawasan sekitar Seremban sejak beberapa hari lepas.

Pengarahnya Dr Zainudin Mohd Ali berkata kawasan terlibat ialah pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Seremban, Kampung Pantai, Seremban; Sekolah Kebangsaan Pantai, Batu 8, Jalan Jelebu, Seremban dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Perkasa, Batu 8, Jalan Seremban-Mantin, Seremban.

“Setakat ini seramai 62 orang telah diberikan rawatan pesakit luar di klinik kesihatan Mantin kerana mengalami kegatalan pada kulit mereka.

“Bagaimanapun, tiada pesakit dimasukkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas surat dari klinik kesihatan Mantin mengenai kejadian itu yang telah ditularkan di dalam media sosial yang mana surat itu telah dikeluarkan untuk kegunaan pihak PLKN Mantin sahaja.

Dr. Zainudin berkata kejadian ulat bulu yang banyak itu boleh berlaku semasa musim pembiakan rama-rama tertentu di pokok berdaun tertentu menyebabkan ulat bulu ini jatuh ke tanah atau diterbangkan oleh angin ke premis kediaman manusia yang berdekatan.

Katanya, pihak Pejabat Kesihatan Seremban telah menjalankan evaluasi keadaan dan disusuli dengan tindakan kawalan iaitu melakukan semburan racun hari ini pada kawasan terlibat.

“Saya nasihatkan jika sesiapa yang terkena ulat bulu ini dan alahan berlaku seperti kegatalan, mereka boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan terdekat.

“Mereka yang mempunyai sejarah alahan mungkin mempunyai reaksi yang serius seperti alahan seluruh badan dan sukar bernafas perlu segera dapatkan rawatan,” katanya. — Bernama



Sumber 62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban


Demikianlah Artikel 62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban

Sekianlah artikel 62 dirawat kulit gatal, ulat bulu merebak di Seremban kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: