Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok

Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok
link : Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok

Baca juga


Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok

Bekalan air ke Lembah Klang dijangka pulih secara berperingkat bermula 6 petang esok. — Foto oleh Hari AnggaraBekalan air ke Lembah Klang dijangka pulih secara berperingkat bermula 6 petang esok. — Foto oleh Hari AnggaraBESTARI JAYA, 7 Mac — Bekalan air ke Lembah Klang yang terganggu sejak semalam dijangka pulih secara berperingkat bermula 6 petang esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib bagaimanapun berkata bekalan air akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 36 hingga 72 jam.

“Tempoh masa pemulihan bagi wilayah Kuala Langat dan Hulu Selangor adalah sehingga pukul 6 pagi, Sabtu ini manakala bagi wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur ialah sehingga pukul 6 petang, Ahad ini,” katanya pada sidang akhbar di Loji Rawatan Air SSP3 di sini, hari ini.

Katanya dalam kejadian petang semalam, kegagalan Sistem Mampatan Udara berfungsi dengan baik telah menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100mm rosak dengan dua daripadanya pecah dan terpelanting keluar daripada strukturnya.

“Ketika ini, kerja-kerja pembaikan kecemasan Sistem Mampatan Udara sedang dijalankan bagi menyegerakan pemulihan bekalan air kepada 563,622 akaun di enam wilayah yang terlibat,” jelasnya.

Mengulas mengenai kejadian petang semalam, Zaidy berkata kerja-kerja pembaikan kritikal di Loji Rawatan Air SSP3 dilakukan bagi membaiki kerosakan injap Pam No.3 oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) selepas mendapat kelulusan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Katanya masalah kerosakan injap tersebut hanya dikesan selepas pihak Pengurusan Air Selangor mendapati berlaku penyusutan paras Kolam Imbangan Bukit Tadun pada 26 Jan lalu.

“Penyusutan paras kolam itu disebabkan pengurangan kadar pengepaman air bersih dari Loji Rawatan Air SSP3 yang dikendalikan oleh SPLASH,” jelasnya.

Katanya pihak Pengurusan Air Selangor akhirnya terpaksa membuat laporan kepada SPAN selepas usaha bagi mendapatkan penjelasan daripada SPLASH mengenai masalah tersebut tidak berjaya.

Siasatan SPAN pada 5 Feb lalu bagaimanapun mendapati bukan hanya Pam No.3 yang mengalami kerosakan tetapi tiga lagi unit pam air bersih tidak berfungsi iaitu Pam No.4, Pam No.5 dan Pam No.8.

Ketiga-tiga pam berkenaan bagaimanapun tidak ada kaitan dengan insiden paip pecah yang berlaku semalam, jelasnya. — Bernama



Sumber Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok


Demikianlah Artikel Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok

Sekianlah artikel Exco Selangor: Bekalan air dijangka pulih 6 petang esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.