Judul : Perunding feng shui dari Johor menang loteri Toto 4D RM20.5 juta
link : Perunding feng shui dari Johor menang loteri Toto 4D RM20.5 juta
Perunding feng shui dari Johor menang loteri Toto 4D RM20.5 juta
KUALA LUMPUR, 9 Okt — Tuah perunding feng shui dari Johor datang bergolek apabila menang loteri Toto 4D berjumlah RM20.5 juta.
Perunding feng shui dari Johor menang loteri Toto 4D RM20.5 juta
Lelaki berusia 61 tahun itu mengambil ganjaran kemenangannya minggu lalu melalui kombinasi nombor 1651 dan 7288 selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.
“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat.
“Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta.
“Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sports Toto Malaysia.
Perunding feng shui itu berkata sebahagian hadiah kemenangannya akan disumbangkan kepada tokong berkenaan.
Sumber: Malay Mail
Sumber Perunding feng shui dari Johor menang loteri Toto 4D RM20.5 juta