Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong

Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong
link : Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong

Baca juga


Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, esok, apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.

 

Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong

Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong

 

 

Berita baik itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada, dari Johor Bahru yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM hari ini.

Tunku Ismail berkata kemenangan ke atas Hong Kong itu amat ditagih bagi menutup mulut segala kritikan yang dilemparkan terhadap skuad kebangsaan kendalian Vingada itu.

“Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati.

“Kalau menang perlawanan ini, saya bagi bonus RM30,000. Seluruh rakyat Malaysia di belakang anda dan mendoakan kejayaan anda,” katanya.

Kunjungan skuad kebangsaan ke Hong Kong hanya mempunyai satu misi untuk meraih tiga mata penting bagi mencerahkan peluang melayakan diri ke Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Anak didik Vingada sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu, dan tewas 1-2 di tangan Lubnan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 13 Jun.

Setakat ini, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata.

Dalam pada itu, Tunku Ismail menegaskan kepada semua pemain untuk tidak menghiraukan kritikan daripada pihak yang tiada kaitan dalam arena bola sepak.

“Pertama sekali, ambil benda ini sebagai satu peluang untuk kita jawab balik setiap kritikan. Apa paling mustahak adalah anda semua berikan yang terbaik, saya tidak kisah apa orang lain nak cakap, saya sentiasa berada di belakang anda,” katanya. — Bernama

 
Sumber: Malay Mail


Sumber Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong


Demikianlah Artikel Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong

Sekianlah artikel Imbuhan RM30,000 sebagai suntikan semangat jika Harimau Malaya tewaskan Hong Kong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :