UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional

UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional
link : UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional

Baca juga


UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional

KUALA LUMPUR: Keputusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kemasukan pelajar lepasan sekolah tahfiz bagi menyambung pengajian di universiti itu dilihat satu perkembangan ke arah melahirkan lebih ramai huffaz (para hafiz) profesional.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) Mohd Zahid Mahmood Al-Hafiz berkata pelajar tahfiz diharap mendapat nilai tambah melalui inisiatif ini di mana mereka bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi juga mahir dalam ilmu profesional.

Katanya kemahiran dalam ilmu bidang profesional yang bakal diperoleh boleh membuka peluang pekerjaan yang lebih luas pada huffaz, daripada sekadar bekerja dalam bidang berkaitan agama sahaja.

"Kebiasaannya pelajar tahfiz yang sudah selesai pengajian tahfiz akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya mengisi borang permohonan ke universiti awam, tetapi permohonan agak kompetitif dan sukar.

"Oleh itu kami menyambut baik keputusan ini kerana ia bakal memudahkan laluan pelajar tahfiz untuk meneruskan pembelajaran," katanya di sini, pada Rabu.

Semalam, Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata UiTM akan menerima pelajar lepasan sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara bagi menyambung pengajian di universiti itu.

Hassan berkata laluan kemasukan untuk pelajar lepasan sekolah tahfiz itu akan dilaksanakan melalui beberapa kaedah, iaitu penawaran kepada pelajar tahfiz lepasan SPM yang memperoleh keputusan SPM cemerlang untuk mengikuti program Asasi di UiTM.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Selangor (PITAS) Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata pengumuman oleh UiTM itu merupakan satu pengiktirafan kepada sekolah tahfiz.

"Ia juga boleh menyangkal persepsi pihak tertentu bahawa graduan sekolah tahfiz 'tiada masa hadapan' di samping memperkukuhkan lagi keyakinan masyarakat kepada institusi tahfiz.

"Persepsi ini tidak benar kerana pada hari ini, ramai profesional seperti peguam dan doktor yang menghantar anak mereka ke institusi tahfiz, dan permintaan memasuki institusi tahfiz juga tinggi," katanya.

-- BERNAMA



Sumber UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional


Demikianlah Artikel UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional

Sekianlah artikel UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.