Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri

Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri
link : Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri

Baca juga


Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri

KUALA LUMPUR: TIDAK tahan dengan cemuhan netizen, penyanyi wanita kacukan Perancis-Syria ini nekad tarik diri dari rancangan realiti antarabangsa, The Voice, hari ini.

Sebelum ini, Mennel, 22, telah dicemuh oleh netizen selepas beberapa status di Twitternya pada dua tahun lalu dikaitkan seolah-olah dia menyokong keganasan.

BACA: Netizen desak tarik balik penyertaan peserta berhijab pertama The Voice

Peserta berhijab pertama itu telah mengumumkan penarikan dirinya dari The Voice menerusi laman media sosialnya di Facebook.


“Saya ada mesej penting untuk kalian semua. Sebagai seorang penyanyi, tujuan saya menyertai rancangan realiti The Voice bagi menyatukan orang ramai, bukan memecah belahkan, juga membuka minda, bukan menjadikan mereka jumud.

“Saya percaya dengan nilai kemanusian dan kebaikan manusia. Saya percaya juga masa depan kita harus dibina dengan cinta, keamanan dan toleransi. Malah, saya percaya dengan rakyat di negara ini.

“Semenjak beberapa hari lalu, saya terpaksa mengharungi saat getir apabila saya menerima terlalu banyak tumpuan dan cemuhan orang ramai.

“Saya tidak pernah ada niat untuk menyakiti sesiapa malah tujuan dan mesej saya telah disalah anggap sehingga menyakitkan diri saya dengan begitu dahsyat.

“Oleh yang demikian, hari ini saya memutuskan untuk tarik penyertaan saya dari rancangan itu (The Voice),” luah Mennel.

Walau bagaimanapun, Mennel memilih terus positif kerana menganggap keputusan yang dilakukan merupakan peluang dan batu loncatan untuk terus membina karier nyanyian selepas ini.

“Keputusan ini merupakan sebuah permulaan untuk saya membina karier muzik saya dan menggangap ini juga adalah satu kejayaan. Saya akan terus memanfaatkan peluang yang ada untuk terus sebarkan mesej dan niat sebenar saya.

“Saya akan teguh berdiri dengan senyuman dan saya tidak akan biarkan ketakutan menguasai diri saya,” ujar Mennel.

Bagaimanapun, video Mennel selama kira-kira dua minit itu telah menerima pelbagai reaksi netizen.




Sumber Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri


Demikianlah Artikel Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri

Sekianlah artikel Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.