Judul : Tak perlu lagi bangkit masalah agihan kerusi, kata Azmin
link : Tak perlu lagi bangkit masalah agihan kerusi, kata Azmin
Tak perlu lagi bangkit masalah agihan kerusi, kata Azmin
Pengerusi PKR Selangor memberi jaminan isu pengagihan kerusi DUN di Selangor akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Azmin dipakaikan kalungan bunga oleh Exco Ganabatirau Veraman sempena sambutan perayaan hari Ponggal.
PUCHONG: Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata masalah agihan kerusi DUN Selangor tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan diselesaikan sesegera mungkin.
Beliau juga memberi jaminan kepada penyokong Pakatan Harapan bahawa perkara itu akan diselesaikan dalam semangat kekeluargaan.
“Saya yakin perkara ini boleh selesai dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Perayaan Hari Ponggal 2018 peringkat Selangor hari ini.
Di acara malam ini, Azmin berkongsi pentas dengan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP, Exco Ganabatirau Veraman dan Adun Kinrara Ng Sze Han.
Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.
Kemelut di Selangor mendapat teguran daripada Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata pertelingkahan terbuka antara parti komponen gabungan itu di Selangor mengundang publisiti buruk dan meminta semua pihak bertelingkah berhenti menyerang sesama sendiri.
Beliau mengingatkan pertelingkahan terbuka sesama mereka hanya melemahkan keyakinan pengundi pada gabungan parti pemerintah di Selangor.
“Nasihat baik yang akan kita patuhi, yang penting sebarang permasalahan ini diselesaikan dalam semangat kekeluargaan,” kata Azmin.
Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Azmin sebelum ini mendakwa 4 mesyuarat sudah diadakan untuk menentukan 80% kerusi DUN di Selangor. Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14.
Reaksi Amanah dan DAP Selangor itu bagaimanapun menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin “mengesahkan” mesyuarat membincangkan pengagihan kerusi DUN di Selangor sudah diadakan
Dr M beritahu PH Selangor jangan cari publisiti buruk
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Tak perlu lagi bangkit masalah agihan kerusi, kata Azmin