Judul : Sogok RM500, pemilik bas dipenjara sehari dan didenda RM11,000
link : Sogok RM500, pemilik bas dipenjara sehari dan didenda RM11,000
Sogok RM500, pemilik bas dipenjara sehari dan didenda RM11,000
Hakim Mahkamah Sesyen Dazuki Ali memerintahkan tertuduh R Muthusamy, 66 tahun, dari Sungai Marong, Bentong dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Muthusamy mengaku memberi suapan wang tunai RM500 kepada Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ, Shahrul Sharizal Mat Jawahir yang bertugas sebagai Penguatkuasa Rondaan di Stesen Penguatkuasa JPJ Karak.Sogokan itu diberikan kepada Shahrul Sharizal sebagai dorongan untuk tidak menyita dan menahan bas miliknya selepas pihak JPJ tidak membenarkan pemandu bas itu meneruskan perjalanan tersebut atas alasan lesen memandunya tamat tempoh.
Perbuatan itu dilakukan oleh Muthusamy di Stesen Penguatkuasa JPJ, Karak, pada jam 2.45 petang, 18 Februari lalu mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2007.
Sebelum itu, Muthusamy dalam rayuannya meminta agar mahkamah meringankan hukuman.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fadhly Mohd Zamri meminta mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
Sumber Sogok RM500, pemilik bas dipenjara sehari dan didenda RM11,000