Judul : Dua pekerja TM didakwa curi kabel milik majikan
link : Dua pekerja TM didakwa curi kabel milik majikan
Dua pekerja TM didakwa curi kabel milik majikan
Tertuduh, yang merupakan pembantu teknik TM, Mohd Areza Suhaimi, 29 tahun, dan Azmi Zainal, 30 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Jailani Rahman.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka dengan niat bersama mencuri tiga dram kabel drop fiber daripada milikan TM di dalam bangunan Ibu Sawat TM Tampoi yang digunakan sebagai tempat untuk simpanan harta benda, kira-kira pukul tiga petang , 21 Disember 2017.Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Kes dikendali Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurdiyanah Mohd Nawawi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Eddin Syazlee.
Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan kes disebut semula pada 20 Mac ini.
Sumber Dua pekerja TM didakwa curi kabel milik majikan
Demikianlah Artikel Dua pekerja TM didakwa curi kabel milik majikan
Sekianlah artikel Dua pekerja TM didakwa curi kabel milik majikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.