Judul : PKNS benam Pahang di laman sendiri
link : PKNS benam Pahang di laman sendiri
PKNS benam Pahang di laman sendiri
SHAH ALAM: Aksi di laman sendiri nyata memberi tuah buat PKNS FC apabila menewaskan Pahang 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Jaringan lewat permainan penyerang Safee Sali memastikan kemenangan pertama buat skuad Semut Merah itu selepas hanya mencatat keputusan seri pada aksi pembukaan liga minggu lalu.
PKNS yang mendapat sentuhan bekas jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal seri 2-2 dengan Terengganu FC manakala Pahang seri tanpa jaringan menentang Perak sebelum bertandang ke Shah Alam.
Pasukan pelawat memulakan ancaman dengan rembatan luar kotak penalti pemain Singapura, Safuwan Baharudin yang diselamatkan penjaga gol, Shahril Saari pada minit ke-14.
Rakan senegaranya yang mewakili PKNS, Faris Ramli turut memiliki peluang terbaik namun rembatannya pada minit ke-29 melepasi palang.
Safuwan sekali lagi kecewa apabila tandukannya ditepis Shahril dan R Kogileswaran yang pantas membuat tindakan susulan gagal melepaskan rembatan apabila dihalang pertahanan PKNS, Zac Anderson di minit ke-41.
Pada babak kedua, skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh menggandakan asakan dan hampir mendahului namun bola tolakan Muslim Ahmad di depan gol tidak menepati sasaran.
PKNS juga turut kecewa selepas rembatan lemah kapten Safee dalam kotak penalti di minit ke-60 mudah diselamatkan Helmi Eliza Alias.
Namun penantian penyokong PKNS terlerai apabila Safee menghasilkan gol kemenangan menerusi tandukan pada masa kecederaan.
Sumber PKNS benam Pahang di laman sendiri