Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun

Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun
link : Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun

Baca juga


Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun

ALOR SETAR: Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek mengakui bahawa pemain badminton negara masih ketinggalan dari segi fizikal berbanding pemain dari Korea Selatan dan China.

Beliau berkata berdasarkan kepada situasi semasa, para pemain khususnya perseorangan negara perlu memperbaiki ketahanan diri mereka menjelang aksi Piala Thomas di Bangkok, Thailand pada 20 hingga 27 Mei depan.

Legenda badminton negara itu bagaimanapun tetap berpuas hati dengan persembahan skuad kebangsaan sepanjang kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 yang melabuhkan tirai kejohanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, pada Ahad.

"Saya berpuas hati dengan barisan pemain yang diturunkan termasuk Lee Zii Jia, Soong Joo Ven dan Iskandar (Zulkarnain Zainuddin) tetapi masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki khususnya dari segi fizikal.

"Dalam hal ini, Korea Selatan dan China masih jauh di hadapan kita, kalau dilihat keadaan mereka semasa masuk ke dalam gelanggang mereka nampak lebih bersedia dari sezi fizikal," katanya.

Pemain negara boleh beraksi dengan lebih bagus seandainya kekuatan fizikal mereka lebih baik kerana ketika ini kekuatan teknikal mereka adalah lebih kurang sama atau lebih baik daripada pemain negara lain, katanya.

Dalam aksi di Kejohanan Berpasukan Asia yang juga medan kelayakan ke Piala Thomas itu, skuad kebangsaan berjaya mendapatkan tempat secara automatik di Bangkok selepas menamatkan saingan di peringkat separuh akhir apabila tewas kepada China 1-3.

Dalam pada itu, Misbun yakin Malaysia mampu menjadi pencabar utama di Piala Thomas meskipun menyedari laluan ke arah itu bukan sesuatu yang mudah.

Katanya, dalam tempoh kurang tiga bulan ini, beliau akan cuba mencari pendekatan terbaik untuk mempersiapkan barisan pemain yang paling ampuh untuk beraksi di kejohanan berprestij itu.

"Memang tugasan menyiapkan pemain ini bukan mudah, ia merupakan kerja yang amat rumit tetapi paling penting saya akan sediakan pasukan yang paling mantap untuk ke Bangkok," katanya. -- Bernama



Sumber Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun


Demikianlah Artikel Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun

Sekianlah artikel Pemain negara perlu tingkatkan kekuatan fizikal - Misbun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.