Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir

Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir
link : Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir

Baca juga


Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir

KUALA LUMPUR: Atlet luncur ais Malaysia Julian Yee yang membuat penampilan sulung negara dalam Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan hari ini, gagal mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki acara itu.

Dalam saingan yang berlangsung di Gangneung Ice Arena untuk memilih 24 daripada 30 peserta ke pusingan akhir esok, Yee terlepas peluang itu hanya dengan perbezaan 1.15 mata yang memaksanya berada di tangga ke-25.

Atlet berusia 21 tahun itu yang merupakan peluncur ais pertama dari negara tropika yang layak ke Olimpik Musim Sejuk bagaimanapun tidak menghampakan apabila berjaya membaiki catatan mata 'season' terbaiknya pada 73.58 mata, di belakang atlet Jerman Paul Fentz yang mengisi slot terakhir ke pusingan kelayakan dengan catatan 74.73 mata.

Catatan 'season' terbaik Julian untuk program pendek sebelum ini ialah 71.93 mata.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang beraksi dengan iringan gubahan 'To Build a Home' oleh The Cinematic Orchestra, mempamerkan keyakinan sepanjang persembahan tersebut yang hanya dicalari kesilapan kecil, membolehkannya meraih 38.37 mata untuk elemen teknikal dan 35.21 mata dari segi persembahan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Imran Tuanku Jaafar adalah antara sebilangan kecil penyokong Malaysia yang berada di arena itu bagi memberi sokongan kepada atlet negara.

Juara bertahan, Yuzuru Hanyu dari Jepun yang kembali selepas mengalami kecederaan, mencatatkan mata tertinggi 111.68 mata, diikuti atlet Sepanyol Javier Fernandez (107.58 mata) dan seorang lagi atlet Jepun, Shoma Uno (104.17 mata).

Untuk program pendek, setiap peluncur diperuntukkan durasi maksimum dua minit 40 saat (+/-10s) manakala bagi luncur bebas setiap peserta diberikan sehingga empat minit (+/-10s).

Acara luncur bebas akan berlangsung 10 pagi esok (9 pagi waktu Malaysia) di venue sama.

Seorang lagi atlet Malaysia, Jeffrey Webb yang juga wakil terakhir negara dalam temasya Olimpik Musim Sejuk, akan bersaing dalam acara giant slalom pada Ahad dan slalom pada Khamis.

-- BERNAMA



Sumber Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir


Demikianlah Artikel Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir

Sekianlah artikel Olimpik Musim Sejuk: Julian Yee gagal ke pusingan akhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.