Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial

Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial
link : Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial

Baca juga


Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial

SEEKOR lembu dari Lettele, wilayah Overijssel, Belanda, baru-baru ini menjadi bintang media sosial dan simbol kebebasan selepas melarikan diri daripada tuannya yang cuba memasukkannya dalam sebuah trak untuk dibawa ke tempat penyembelihan.

Dinamakan Hermien, lembu itu pada awalnya melarikan diri dengan bersama seekor lembu lain, tetapi malangnya ditangkap semula selepas ditembak dengan pistol penenang.

Walau bagaimanapun, Hermien terlepas ke hutan berhampiran Friesland utara, di mana haiwan itu kini telah hidup sendiri selama enam minggu.

Ramai peminatnya di Twitter dan rangkaian media sosial lain gembira apabila Hermien berjaya mengelak daripada semua percubaan untuk menangkapnya semula.

Hashtags seperti #JesuisHermien, #GoHermien dan #MeKoe telah dilancarkan di laman sosial Belanda beberapa minggu kebelakangan ini.

‘Koe’ adalah perkataan Belanda bermaksud Cow (lembu).

Lembu itu turut mendapat perhatian kerabat Belanda, dengan Pieter van Vollenhoven, menantu bekas Ratu Beatrix, menulis tweet ‘kita harus menyelamatkan Hermien, mari kita semua membelinya dan memberikannya kebebasan’.

Satu kempen pengumpulan dana juga berjaya dilakukan.

Parti untuk Haiwan (PvdD) dan sebuah parti politik Belanda, telah berjaya mengumpul €48,000 untuk menyelamatkan lembu berusia tiga tahun itu sekali gus bagi memastikan ia dapat menghabiskan sepanjang hayatnya dengan aman, di sebuah kandang lembu di Friesland.

Satu-satunya masalah kepada rancangan itu ialah seseorang perlu mengangkap Hermien terlebih dahulu.

Lembu yang ‘bijak’ itu terbukti sangat sukar difahami.

Dia bersembunyi di dalam hutan yang berselirat dengan ranting dan dahan pokok sepanjang hari, hanya keluar selepas tengah malam dan hanya selepas memastikan bahawa tiada siapa yang mengintai.

Sekiranya dia merasakan ada bahaya, dia lebih senang tinggal di dalam hutan, mengikut naluri dan gerak hati.

Pada satu ketika, pemburu dianggap sebagai penyelesaian, tetapi ia berisiko.

“Dia telah bebas selama enam minggu dan mungkin sangat malu, khuatir dengan setiap orang yang mendekatinya,” kata Bert Hollander dari kandang lembu Koeienrusthuis kepada NL Times.

Ahli veterinar Belanda Edo Hamersma memberitahu AFP bahawa ‘dia pasti tertekan ketika sedang berjalan ke dalam trak menuju rumah penyembelihan itu. Sejak itu kita tidak dapat menangkapnya’.

Hamersma menambah bahawa pendekatan terbaik adalah meninggalkan Hermien selama beberapa minggu untuk menenangkan sarafnya dan kemudian menggunakan lembu lain untuk menariknya keluar.

Rupa-rupanya, apa yang diperlukan untuk menarik seekor lembu yang sedang bersembunyi adalah lembu lain, kerana naluri yang ada pada haiwan itu sangat kuat.

Sumber: Mstar



Sumber Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial


Demikianlah Artikel Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial

Sekianlah artikel Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan Kemudian Jadi Bintang Media Sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.