Langgar lampu merah saman paling banyak

Langgar lampu merah saman paling banyak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Langgar lampu merah saman paling banyak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Langgar lampu merah saman paling banyak
link : Langgar lampu merah saman paling banyak

Baca juga


Langgar lampu merah saman paling banyak

KLANG: Sebanyak 1,129 saman dikeluarkan oleh polis Selangor hari ini dalam Operasi Lampu Merah sempena Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina dalam 16 kawasan di sekitar negeri ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, DSP Sahimi Husin berkata, dalam operasi selama dua jam yang berakhir pada pukul 12 tengah hari itu, sebanyak 34 motosikal turut disita polis atas pelbagai kesalahan.

"Dalam operasi pada hari ini kesalahan tidak mematuhi isyarat lampu merah merupakan kesalahan terbanyak dikesan dan sebanyak 281 saman telah dikeluarkan, diikuti dengan kesalahan tiada lesen memandu,193 saman.

"Kesalahan lain yang turut dikesan adalah tiada cukai jalan, 130 saman; lain-lain kesalahan 161 saman; tiada cermin sisi,151 saman; tidak memakai topi keledar, 107 saman dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, 106 saman," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di Meru, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan.

Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina yang bermula semalam sehingga 23 Feb ini antaranya bertujuan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya selain mencegah jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.

Dalam operasi berkenaan juga, tujuh kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun turut dikenakan tindakan saman dan basikal mereka disita selepas didapati menunggang basikal lajak secara merbahaya.

Kesemua remaja itu ditahan ketika menunggang basikal di sekitar Persiaran Hamzah Alang sehingga ke Pekan Meru.

Kata Sahimi, tindakan mengubah suai basikal menjadi basikal lajak yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan bukan sahaja salah di sini undang-undang malah turut membahayakan nyawa penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Tindakan yang kita ambil pada hari ini (saman dan sita) adalah bertujuan untuk memberi mereka kesedaran supaya tidak lagi menggunakan basikal ini di atas jalan raya selepas ini.

Saya juga menasihatkan ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya pada hujung minggu supaya mereka tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti basikal lajak ini," katanya.

Beliau berkata semua basikal itu disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempunyai kelengkapan asas seperti brek dan loceng serta membahayakan penggunanya.

-- BERNAMA



Sumber Langgar lampu merah saman paling banyak


Demikianlah Artikel Langgar lampu merah saman paling banyak

Sekianlah artikel Langgar lampu merah saman paling banyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.