Judul : Gadis ditunjuk video lucah, pegawai JPJ uji pandu ditukar
link : Gadis ditunjuk video lucah, pegawai JPJ uji pandu ditukar
Gadis ditunjuk video lucah, pegawai JPJ uji pandu ditukar
Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ketika sidang media pada Operasi Pemeriksaan Lesen dan Kesalahan Jalan raya di Stesen LRT Bangsar, 1 Januari 2018. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 10 Feb — Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disyaki membuat gangguan seks terhadap seorang pelajar, ditukar ke bahagian lain.
Timbalan ketua pengarah (operasi) JPJ berkata tindakan tatatertib akan diambil jika siasatan menunjukkan pegawai itu terbukti bersalah, lapor Berita Harian.
Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata pelajar perempuan 17 tahun, dan bapanya sudah memberi keterangan di JPJ Selangor di Shah Alam dekat sini.
”Kami akan meneliti maklumat diberikan termasuk butiran tertentu seperti masa kejadian, lokasi dan sebagainya,” katanya.
Mengikut Mstar Online, mangsa adalah anak saudara seorang ahli politik terkenal manakala bapanya seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.
Rabu lalu, seorang pegawai JPJ dikatakan menunjukkan video seks di telefon bimbit, bertanya soalan lucah dan meminta foto mangsa berpakaian seksi.
Kejadian berlaku ketika mangsa membuat ujian memandu di Shah Alam, sebelum dia memuat naik pengalamannya ke Instagram dan tular.
Sumber Gadis ditunjuk video lucah, pegawai JPJ uji pandu ditukar