Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor

Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor
link : Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor

Baca juga


Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor

KUALA LUMPUR: Jurulatih Selangor, P Maniam mengakui kekuatan serangan yang dimiliki Pahang selepas kehadiran bekas penyerang mereka, Francis Forkey Doe mampu memberikan ancaman besar apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Beliau berkata, anak buahnya perlu lebih bersedia apatah lagi selepas mereka mengalami kekalahan besar 1-4 di tangan Terengganu dalam aksi terakhir sebelum liga berehat selama dua minggu.

"Kami sudah lupakan kekalahan sebelum ini, saya percaya semua pemain sudah tidak sabar beraksi menentang Pahang. Saya sudah melakukan beberapa perubahan dari segi formasi dalam latihan dan pemain menunjukkan kesungguhan.

"Semua pemain dalam keadaan terbaik kecuali Alex (Azzamudin Akil) yang masih mengalami kecederaan manakala Ilham Udin Armaiyn sudah 90 peratus pulih daripada kecederaan buku lali, saya fikir dia OK dan boleh berlatih esok," katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Skuad Red Giants membuat permulaan cemerlang dalam dua perlawanan awal liga menerusi kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur dan 4-1 dengan Melaka United sebelum momentum mereka disekat Terengganu.

Selangor yang kini menduduki tangga ketiga liga pasti mahu mengekalkan rekod baik di Cheras namun Maniam sedar ia bukan tugas mudah buat anak buahnya dengan Pahang sudah menikmati kemenangan pertama sebaik kemasukan Forkey Doe bersama skuad Tok Gajah itu.

"Kami bukan saja perlu mengawasi Forkey Doe, tapi (Mohamadou) Sumareh, Norshahrul (Idlan Talaha) dan Chan Vathanaka. Bahagian tengah mereka juga bagus kerana Safuwan (Baharudin) dan Nor Azam Azih mengawal dengan baik dalam perlawanan sebelum ini. Memang saya jangkakan ini perlawanan yang sukar," katanya.



Sumber Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor


Demikianlah Artikel Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor

Sekianlah artikel Forkey Doe bakal 'menghantui' Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.